WASIAT RASULULLAH:

"Sepeninggalan aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, SAMUDERA namanya. Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu serta ajarkan kepada mereka dua kalimah syahadah. Kerana dalam negeri itu kelak, ramai dari kalangan mereka yang akan menjadi wakil-wakil Allah. Tetapi, dalam pemergian kamu ke negeri itu, kamu hendaklah singgah mengambil seorang fakir di negeri Menggiri, bawalah fakir itu bersama-sama"

-sulalatus salatin-
DAJJAL: FREEMASON


Ini adalah lambang-lambang yang digunakan oleh Gerakan Freemason. Dengan kata lain, mereka juga terkenal sebagai 'SECRET SOCIETY' yang mencaturkan perjalanan kehidupan manusia melalui ILLUMINATY. Gerakan ini sudah bertapak di Malaysia lebih seabad yang mana telah menyusup masuk di kalangan pembesar-pembesar Melayu samada Raja-raja dan juga golongan elit dari kalangan pemimpin-pemimpin di Tanah Melayu. Gerakan ini menfokuskan dalam aktiviti kemasyarakatan dalam usaha untuk menyembunyikan identiti mereka yang sebenar. Tahukah anda, apakah sebenarnya aktiviti mereka dan bagaimana mereka bergerak?

Aktiviti mereka sebenarnya adalah untuk memastikan Islam sama sekali terlucut dari hati umat Islam seperti mana yang telah diishtiharkan oleh mantan Perdana Menteri England MARGARET TATCHER di dalam persidangan parlimen Britain seperti berikut; "Selagi mana ummat Islam berpandukan kepada buku ini (sambil mengangkat Al-Quran sambil ditunjukkan kepada seluruh ahli-ahli parlimen Britain) sebagai penunjuk jalan hidup mereka, selagi itulah mereka akan kuat dan kita sama sekali tidak akan dapat menguasai mereka dan memecahkan kesatuan mereka. Oleh itu, kita akan pastikan mereka akan mengamalkan segala cara yang kita hendaki, kita biarkan mereka menjadikan Islam itu sebagai candu kehidupan mereka".

Walaupun pada zahirnya umat Islam itu Islam tapi hakikatnya, ruh Islam itu sendiri telah terlucut dari diri umat Islam. Sila hayati setiap sabda rasulullah ini yang mana Baginda telah pun mengisyaratkan kepada kita tentang hal-hal yang akan berlaku seperti yang telah berlaku sekarang. Sabda-sabda Rasulullah s.a.w:

1) "Tidak akan redha sekalipun Yahudi dan Nasrani ke atas kamu (umat Islam) sehinggalah kamu mengikuti jejak langkah mereka".

2) "Aku tinggalkan pada kamu 2 benda dan selagimana kamu berpegang kepada 2 benda ini, kamu tidak akan tersesat buat selama-lamanya iaitu KITAB ALLAH (Al-Quran) serta SUNNAH RASULULLAH".

3) " Pada kamu aku tinggalkan sunnah aku dan sunnah pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk sebagai insan yang membuka jalan bagi kamu".

4) " Akan tiba suatu zaman yang mana tidak akan kekal pada Islam itu melainkan hanya namanya, dan tidak akan kekal pada pada Al-Quran melainkan tulisan-tulisannya, masjid-masjid dibina dengan megah tetapi tiada datang padanya petunjuk, ulama-ulama mereka jahat yang mereka itu dibawah agama langit, dari mereka itu datang segala fitnah dan fitnah itu kembali kepadanya".

Itu semua adalah contoh-contoh sabda Rasulullah dan terdapat banyak lagi sabda-sabda rasulullah berkaitan dengan ini. ( Sila rujuk Kitab Muhimmah fi Ilmil Hadith dan Kitab Bahrul Mazi karangan Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi).

Selain itu, Freemason ini juga mengajak kepada kesatuan dengan bersatu dibawah Perlembagaan England (The Brotherhood Of Knight) dan Scotland (The Brotherhood Of Death). Untuk renungan kita bersama, pemimpin-pemimpin negara yang bernaung dibawah Kesatuan Komanwel iaitu negara-negara yang telah dijajah dibawah kuasa British dahulunya adalah pemimpin-pemimpin yang terikat dengan The Brotherhood of Knight manakala selainnya adalah berpaksikan kepada The Brotherhood of Death. Tugas-tugas pemimpin-pemimpin negara ini ialah memastikan negara mereka mengikut perlembagaan negara yang telah digariskan oleh penjajah yang mana pada hakikatnya untuk merealisasikan cita-cita FREEMASON itu. Hakikatnya sekarang, cita-cita itu telah tercapai menerusi pengkhianat-pengkhianat bangsa itu sendiri yang sanggup menggadaikan Agama dan Hak Bangsanya sehinggalah tercapai cita-cita DAJJAL ini untuk mendaulatkan konsep "NEW WORLD ORDER atau NOVUS ORDO SECLORUM". Konsep ini adalah bertujuan untuk memastikan umat Islam seluruhnya BerTuhankan material (KABBALAH) yang mana kehidupan kita telah dicorakkan oleh ILLUMINATY.

Siapakah ILLUMINATY? ILLUMINATY ialah......kita bersambung pada minggu depan....

0 Responses

I made this widget at MyFlashFetish.com.

  • Ruangan Iklan

    Demi Masa


    I made this widget at MyFlashFetish.com.

    METERAI AKU

    Mari bersembang

    Followers

    Haul Imam Alwi Al-hadad