WASIAT RASULULLAH:

"Sepeninggalan aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, SAMUDERA namanya. Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu serta ajarkan kepada mereka dua kalimah syahadah. Kerana dalam negeri itu kelak, ramai dari kalangan mereka yang akan menjadi wakil-wakil Allah. Tetapi, dalam pemergian kamu ke negeri itu, kamu hendaklah singgah mengambil seorang fakir di negeri Menggiri, bawalah fakir itu bersama-sama"

-sulalatus salatin-
Basirah
Tanggal 4-6 Julai 2009: Pengembaraan ini dianggotai oleh 3 orang bersaudara yang bermotor dan tiga orang yang lainnya masing-masing menaiki kereta dan bas. Ia bermula dari Kuala Lumpur sampai ke Pulau Pinang.
Semasa dalam perjalanan ini kami sempat singgah di maqam Tuan Faqiyyatuddaimiyyah dan Tuan Wan Muhammad Salleh Al-Fatani yang bertempat di Permatang Janggus dan Kubang Semang.

Kami juga beristirahat sebentar di Masjid Jami' Permatang Pauh dan kemudiannya pergi melihat sebuah ukiran rumah melayu yang cukup unik di kampung Kubang Semang. Hiruk-pikuk suasana kampung menggamit pandangan kami masing-masing sambil menziarahi sebuah warung 'nasi kandar tokwan' untuk melapik perut yang cukup lapar.


Warung ini terletak bersebelahan dengan Masjid Jami' Kubang Semang yang menjadi tumpuan masyarakat sekelilingnya. Selesai sudah makan, kami terus menziarahi seorang Guru Lama demi melepaskan rindu dan bertanya khabar dan seterusnya menziarahi seorang usahawan kupiah yang menetap di Kampung Paya, Bukit Mertajam.
Kemudian, kami terus menuju ke Kuala Kangsar serta beristirehat di Masjid kampung Kota Lama, Perak. Di masjid tersebut mempunyai suatu kelainan yang mana terdapat 1 tugu peringatan Sultan Muzaffar Shah. Menurut cerita yang dikhabarkan masyarakat kampung disitu, Almarhum dikatakan telah ghaib setelah menunaikan solat Jumaat berjemaah. Kemudian, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan tiba pada pukul 3.30 petang pada hari Isnin..Wallahualam...
Labels: edit post
0 Responses

I made this widget at MyFlashFetish.com.

  • Ruangan Iklan

    Demi Masa


    I made this widget at MyFlashFetish.com.

    METERAI AKU

    Mari bersembang

    Followers

    Haul Imam Alwi Al-hadad