WASIAT RASULULLAH:

"Sepeninggalan aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, SAMUDERA namanya. Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu serta ajarkan kepada mereka dua kalimah syahadah. Kerana dalam negeri itu kelak, ramai dari kalangan mereka yang akan menjadi wakil-wakil Allah. Tetapi, dalam pemergian kamu ke negeri itu, kamu hendaklah singgah mengambil seorang fakir di negeri Menggiri, bawalah fakir itu bersama-sama"

-sulalatus salatin-
3 PRINSIP DASAR DALAM AGAMA
Dalam usaha untuk mencari kebenaran yang hakiki bagi segala yang diajar di dalam Agama Islam, ummat Islam mestilah tidak dapat lari dari prinsip dasar yang diajarkan dalam Islam itu sendiri yang mana penekanannya adalah melalui 3 konsep utama tunjang dalam kefahaman agama iaitu Iman, Islam dan Ihsan. 3 prinsip ini secara jelas ditekankan didalam hadis rasulullah s.a.w iaitu melalui dialog Baginda dengan Jibril a.s.
Dalam satu hadis rasulullah yang mana dalam hadis tersebut telah dikhabarkan bahawa rasulullah telah didatangi oleh Jibril yang menyerupai sebagai seorang manusia dengan berpakaian serba putih. Para sahabat meriwayatkan bahasanya pada masa kedatangan Jibril itu, para sahabat tertanya-tanya sesama mereka siapakah orang tersebut kerana mereka tidak pernah langsung melihat beliau dan kemungkinan beliau datang dari satu tempat yang jauh tetapi pakaian beliau putih bersih tidak terlihat baginya sebarang cacat-cela. Lalu, beliau datang memberi salam dan terus duduk berdepan dengan rasulullah s.a.w sehingga bertemu lutut beliau dengan lutut rasulullah yang mulia.
Kemudian, Jibril terus bertanya kepada rasulullah seperti berikut: " Khabarkan kepada aku tentang Islam". Lalu, Rasulullah s.a.w pun menjawab: "Islam ialah kamu naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah dan sesungguhnya Muhammad rasulullah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji bagi sesiapa yang berkemampuan ". Kemudian jawab Jibril: " Betul" dan beliau bertanya lagi: "Khabarkan kepadaku tentang Iman, lalu Rasulullah menjawab: " Adalah Iman itu ialah kamu beriman dengan Allah dan para malaikatNya dan kitab-kitabNya dan para RasulNya serta beriman kepada apa yang ditetapkan kepada kamu samada ketetapanNya bagi yang baik atau yang buruk". Lalu Jibril menjawab: "Betul" kemudian bertanya lagi : "Khabarkan kepada aku tentang Ihsan". Lalu rasulullah pun menjawab: " Ihsan adalah kamu menyembah Allah seumpama kamu melihatNya, sekiranya kamu berasa kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat kamu". Selepas itu, Jibril pun bangun dan terus pergi meninggalkan majlis ilmu tersebut. Kemudian, rasulullah pun bertanya kepada para sahabat, "adakah kamu tahu siapa yang datang bertemuku tadi?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya saja yang tahu". Lalu Rasulullah pun bersabda, " Lelaki itu adalah Jibril yang datang untuk mengajar kamu". (Bahrul Mazi : Karangan Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi).
Melalui hadis ini, disabitkan pula pada intipati bagi 3 prinsip dasar dalam agama yang mana Iman itu adalah percaya dan yakin dengan iktikad yang sebenar-benarnya dan ini bersangkutan dengan Tauhid. Dalam memahami Tauhid, ia terbahagi kepada 3 cara iaitu Tauhid Rububiyyah (difahami bagi semua orang bahawa adanya Tuhan yang menguasai), Tauhid Uluhiyyah (penjelasannya dari surah Al-Ikhlas) dan Tauhid Asma' (99 nama Allah) wal sifat (sifat 20). Berkata Imam Hasan Al-Basri r.a: " seawal-awal agama itu adalah mengenal Allah"
Manakala Islam itu adalah satu tariq (jalan) yang berbentuk syariat (hukum-hakam yang termaktub didalam feqah yang berbetulan padanya) yang mesti ditunaikan bagi seseorang yang mengaku sebagai Islam yang mu'min tanda. Ihsan pula adalah satu konsep adab yang selari dengan kefahaman dalam amalan syariatnya yang dituntut oleh Allah Ta'ala pada hambaNya.
Maka, para ulama yang mu'tabar menghuraikan bahawasanya pada rukun Islam yang lima itu disimpulkan kepada 3 konsep juga yang mana pada setiap satunya di dalam rukun Islam itu mestilah difahami dengan konsep syariat,tariqat dan hakikat sebagai contoh syahadah itu terbahagi kepada tiga konsep iaitu syahadah pada syariatnya,syahadah pada tariqatnya dan juga syahadah pada hakikatnya dan begitu jualah bagi setiap rukun Islam yang lain yang maktub didalamnya itu sendiri perlulah difahami pada tiga konsep tersebut.(miftahul jannah)
Dan adapun umat Islam itu dibahagikan kepada 3 jenis jua iaitu Islam Mu'min, Islam munafik dan Islam fasik. Islam mu'min adalah golongan umat Islam yang betul-betul menta'ati suruhan Allah Ta'ala dengan sebenar-benar penghambaan dengan suatu iktikad yang jazam. Manakala, Islam fasik adalah golongan uma Islam yang mana pada zahirnya saja mengaku bahawa dirinya Islam akan tetapi perbuatannya adalah untuk memusnahkan Islam dan Islam fasik pula adalah umat Islam yang selalu melakukan dosa pada Allah Ta'ala.
0 Responses

I made this widget at MyFlashFetish.com.

  • Ruangan Iklan

    Demi Masa


    I made this widget at MyFlashFetish.com.

    METERAI AKU

    Mari bersembang

    Followers

    Haul Imam Alwi Al-hadad