WASIAT RASULULLAH:

"Sepeninggalan aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, SAMUDERA namanya. Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu serta ajarkan kepada mereka dua kalimah syahadah. Kerana dalam negeri itu kelak, ramai dari kalangan mereka yang akan menjadi wakil-wakil Allah. Tetapi, dalam pemergian kamu ke negeri itu, kamu hendaklah singgah mengambil seorang fakir di negeri Menggiri, bawalah fakir itu bersama-sama"

-sulalatus salatin-
DAJJAL: ILLUMINATY
Kita bertemu sekali lagi dalam perbincangan mengenai isu Freemason. Dalam siri yang lepas, kita telah membincangkan secara umumnya mengenai Freemason atau 'secret society' yang dikatakan sebagai dajjal. Sebelum penulis membincangkan satu lagi topik yang berkaitan dengan Freemason ini, penulis ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian merenung sejenak intipati daripada sabda rasulullah yang ditulis didalam kitab Bahrul Mazi yang dikarang oleh Sheikh Muhammad Idris Al-Marbawi iaitu mengenai Al-Masih Dajjal. Dalam kitab Bahrul Mazi, Rasulullah s.a.w telah menyatakan bahawa sebelum kedatangan Al-Masih Dajjal, akan wujud 'anak-anak dajjal' yang mana mereka ini akan melaksanakan tugas-tugas dajjal seawal yang mungkin untuk memastikan adanya barisan tampuk ketenteraan dajjal sebelum keluarnya dajjal sebenar. Dalam sabda rasulullah yang lain juga ada menyatakan ciri-ciri sifat dajjal itu sendiri yang mana rasulullah mengkhabarkan dajjal itu bermata satu, berambut kerinting, kulitnya putih berbalar, badannya agak gempal, salah satu dari tangannya pendek dan ada yang panjang, begitu juga salah satu dari kakinya ada yang pendek dan ada yang panjang dan sebagainya. Kenapa penulis menyebut tentang ini? Insya Allah pada siri akan datang, penulis akan cuba mengaitkan sabda Rasulullah dengan apa yang ada dalam Freemason ini.

Sekarang, kita kembali dalam isu ILLUMINATY yang bagi penulis, isu ini amat penting sekali dalam mengetahui selok-belok gerakan Freemason ini. Siapakah ILLUMINATY? Illuminaty membawa maksud sesuatu yang dikatakan kebal. ILLUMINATY dalam Freemason pula adalah golongan elit yang menggerakkan Freemason ini yang mana mereka ini dikatakan golongan yang bertuhankan LUCIFER dan mengetahui sesuatu yang ghaib dan melalui ILLUMINATY ini, ahli-ahli Freemason dapat merentasi alam ghaib menerusi syarat-syarat dan tanda-tanda tertentu. Makanya, dalam mereka merentasi alam-alam dalam dimensi yang lain, mereka perlulah menjalankan upacara-upacara tertentu serta menyediakan suatu alat yang menjadi syarat untuk menyeru LUCIFER. Untuk pengetahuan para pembaca, LUCIFER itulah yang dikatakan AL-MASIH DAJJAL. Oleh yang demikian, terdapat hubung kait yang begitu erat diantara ILLUMINATY dan jua LUCIFER yang mana golongan ILLUMINATY ini sendiri telah membuat perjanjian dengan LUCIFER dalam usaha untuk membuka dimensi yang lain.
Kalau kita melihat pada lambang Freemason itu, kita dapati huruf G yang tertulis ditengah-tengah antara bentuk jangka sudut dan juga sesiku L. Yang di maksudkan dengan huruf G itu ialah GOD akan tetapi janganlah para pembaca terkeliru kerana pada Freemason, GOD yang dimaksudkan oleh mereka sebenarnya adalah LUCIFER ataupun DAJJAL. Jangka sudut dan sesiku L pula adalah simbol yang membawa maksud ukuran-ukuran serta perkiraan tertentu yang menjadi alat untuk mereka berhubung dengan dajjal pada dimensi yang lain manakala simbol mata satu itulah adalah simbol Dajjal. Makanya, dalam usaha mereka merentasi dimensi lain, mereka akan menggunakan simbol-simbol tertentu seperti bentuk segi empat tepat, segi tiga,pentagon, kata-kata kunci dalam huruf, nombor dan sebagainya. Bagi memahami dengan lebih terperinci tentang freemason ini, para pembaca bolehlah mengkaji apa yang penulis katakan tadi dalam filem-filem barat seperti The Lord Of The Ring siri 1,2 dan 3, The Matrix, National treasure 1 dan 2, Indiana Jones, Star Wars dan lain-lain lagi. Melalui filem ini, tersirat informasi tentang freemason itu yang mana secara tidak sedarnya minda kita telah didominasi oleh mereka. Bersambung.
2 Responses
  1. salam.. sahabat...
    andai berkelapangan, rungkai kan ajaran "matahari".. daku sedang mencari pasal tu..
    -Tan Sri Dato' Dr. Mohd Mahyuddin bin Isa-


  2. insyaAllah,akan di usahakan..Dato' sign la dalam blog ni untuk memudahkan anda serve



I made this widget at MyFlashFetish.com.

  • Ruangan Iklan

    Demi Masa


    I made this widget at MyFlashFetish.com.

    METERAI AKU

    Mari bersembang

    Followers

    Haul Imam Alwi Al-hadad