WASIAT RASULULLAH:

"Sepeninggalan aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, SAMUDERA namanya. Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu serta ajarkan kepada mereka dua kalimah syahadah. Kerana dalam negeri itu kelak, ramai dari kalangan mereka yang akan menjadi wakil-wakil Allah. Tetapi, dalam pemergian kamu ke negeri itu, kamu hendaklah singgah mengambil seorang fakir di negeri Menggiri, bawalah fakir itu bersama-sama"

-sulalatus salatin-
MIM:Apa?
Kekuatan BANGSA MELAYU dalam mim ini terletak kepada penerimaan Tasawuf sejati berdaulat (bukan tempias mengarut yang diamalkan dalam sesetengah pertubuhan) dari peribadi-peribada zat mulia Ahlul Bait yang lari dari Timur Tengah akibat pergolakan politik dan diburu Bani Umaiyah juga Bani Abbasiyah lalu diterima oleh penduduk tempatan di Nusantara. Maka bangsa Melayu juga mendapat berkat naungan langit atas sebab memuliakan haq keluarga Nabi yang tersirat dalam setiap salawat terhadap Nabi iaitu "Allahumasaliala Muhammad wa ala ali Muhammad". Perhatikan, macamana sekali pun selawat samada ia adalah selawat shifa atau apa sahaja selawat, selawat mesti ada perkataan ALI MUHAMMAD atau ALI SAIDINA MUHAMMAD yang mana ia ditujukan kepada anak cucu zuriat Nabi. Ini juga terkandung dalam tahyat akhir: "Berkatilah keluarga Muhammad seperti mana Engkau berkati keluarga Ibrahim". Fahamilah ini kerana ia menjadi tunjang kekuatan Melayu yang mulai penghujung abad ke 18 telah banyak dirosakkan oleh Fahaman Wahabi yang mengaku Salafi, kerana mentahyulkan perkara-perkara yang memuliakan Zat Muhammad seperti sambutan Maulidur Rasul. Boleh rujuk dalam catitan saya tentang gerakan wahabi dalam blog ini.
Pernah tengok logo asal PEKEMBAR atau UMNO yang dibuat tahun 1946. Carilah kalau dapat. Logo tengah masih macam sekarang, ada huruf Fa, Kaf, Mim, Ba, Ro dengan lambang keris kiri-kanan terselit. Yang hilang bahagian luar yang di kelilingi lima nama keramat iaitu Muhammad, Ali, Fatimah, Hassan, Hussin dan perkataan "TAK KENAL MAKA TAK CINTA". Sekarang perkataan-perkataan ini dah lama hilang. PEKEMBAR pula terus dipanggil dengan nama Mat Salehnya UMNO (United Malays National Organisation). Pada dasarnya UMNO adalah pertubuhan yang mewakili orang Melayu dan ditubuhkan betul-betul diatas dasar takwa dan kesatuan atas TALI ALLAH akan tetapi hak orang Melayu yang Islam ini telah terhakis, satu-satu terhakis, mula pada namanya, kemudian bahasanya kemudian maruahnya kemudian akhirnya yang tinggal hanya nama KERETAPI TANAH MELAYU, itu pun dah di war-warkan singkatannya KTM sahaja manakala BANK BUMIPUTERA dah hilang hak bumiputera pada namanya dan sekarang hanya jadi CIMB ---> CinaIndiaMelayuBank. Kenapa kita sebagai TUAN TANAH makin hari makin terkeluar dari TANAHNYA? Inilah usaha-usaha orang melayu sendiri yang tiada harga diri serta lupa daratan demi nak melupuskan semangat MELAYU sebagai Tuan Rumah, maka pastilah wujud "GUNTING DALAM LIPATAN". Tuntasnya, orang MELAYU akhirnya menjadi pengemis di Tanahnya sendiri. Kembali melihat lipatan sejarah, bagaimana MELAYU menjadi satu bangsa yang benar-benar berdaulat, bacalah Hikayat Raja-Raja Melayu. Ia bukan cerita dongengan tapi kenyataan kerana tingginya peradaban MELAYU itu terselit pada mulanya dengan huruf MIM. Selogan yang di laungkan oleh 'orang-orang kita ini' hanyalah pemutar belit semata-mata.
Pelbagai selogan melayu dilaungkan seperti "Bahasa jiwa bangsa", "Cintailah Bahasa Kita" dan "HIDUP MELAYU" tapi hakikatnya hanyalah "MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI". Jadi, dimana MELAYU? Sedangkan pertubuhan paling besar mewakili bangsa Melayu dipanggil dengan nama dalam bahasa penjajah? Apalagi nak bercerita tentang kekuatan bangsa Melayu dari mim sedangkan anak cucu mim tidak lagi dilayan? Yang nampak nyata pulak yang pakai nama Syed, Sharifah banyak dah lupa amanah, mengarut mengalahkan orang kebanyakan. Ada yang nak cari hantu dan macam-macam lagi, ada dikalangan AHLUL BAIT ini memandang rendah pada orang yang bukan AHLUL BAIT. Janganlah terlupa kadang-kadang ada yang dari bapanya saja Ahlul Bait, darah ibunya tidak tetapi kita bercakap sampai terlupa yang ibu kita bukan Ahlul Bait, kita terlupa SYURGA di BAWAH TAPAK KAKI IBU. Mungkin kita terlupa apa yang Allah firmankan: "Wahai manusia, sesungguhnya Aku jadikan dikalangan kamu lelaki dan perempuan, dan Aku jadikan kamu berpuak-puak dan berkabilah-kabilah untuk kamu berkenal-kenalan, sesungguhnya yang mulia disisi Allah hanyalah mereka yang bertakwa". Wahai Ahlul Bait, walaupun kita adalah kerabat rasulullah tapi syafaatnya yang kita tuntut, bukan sekadar melaungkan "kita Ahlul Bait" tapi pada dasarnya tidak mengamalkan didikan rasulullah sendiri. Dengan perlakuan begini, bagaimana orang a'jam hendak menghormati ahlul bait? Bagaimana juga nak faham kekuatan mim? Fikir-fikirkanlah.
0 Responses

I made this widget at MyFlashFetish.com.

  • Ruangan Iklan

    Demi Masa


    I made this widget at MyFlashFetish.com.

    METERAI AKU

    Mari bersembang

    Followers

    Haul Imam Alwi Al-hadad