WASIAT RASULULLAH:

"Sepeninggalan aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, SAMUDERA namanya. Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu serta ajarkan kepada mereka dua kalimah syahadah. Kerana dalam negeri itu kelak, ramai dari kalangan mereka yang akan menjadi wakil-wakil Allah. Tetapi, dalam pemergian kamu ke negeri itu, kamu hendaklah singgah mengambil seorang fakir di negeri Menggiri, bawalah fakir itu bersama-sama"

-sulalatus salatin-
3 JENIS RUMAH : SUATU PERMASALAHAN KEPADA PENCURI.
Ada 3 jenis rumah:
  1. Pertama Rumah raja, di dlmnya ada simpanannya, tabungannya serta perhiasannya.
  2. Kedua Rumah hamba, di dlmnya ada simpanan, tabungan & perhiasan yg tidak spt yg dimiliki seorang raja.
  3. Ketiga adalah Rumah kosong, tidak ada sesuatu harga pun.

MASALAH: Jika datang seorang pencuri, rumah mana yang akan dimasukinya?

Sekiranya jawapan anda adalah: "Pencuri itu akan masuk rumah raja." Hal tersebut bagaikan sesuatu yang hampir mustahil, kerana tentunya rumah raja dijaga oleh penjaga dan tentera, sehingga pencuri tidak boleh mendekatinya. Bagaimana mungkin pencuri tersebut mendekatinya sementara para penjaga dan tentera sentiasa siap sedia menjaga di sekitar raja?

Sekiranya anda menjawab, pencuri akan masuk rumah yang kosong, tentulah tidak masuk akal, kerana rumah kosong tidak ada barang yang boleh dicuri kerana sia-sialah kerjanya.

Sekarang hendaklah orang-orang berakal memerhatikan permisalan ini sebaik-baiknya dan menganalogikannya kerana inilah yang dimaksudkannya.

Hati yang kosong dari kebajikan ialah hati orang-orang kafir dan munafik, adalah rumah syaitan, yang telah menjadikannya sebagai benteng bagi dirinya dan sebagai tempat tinggalnya. Maka adakah rangsangan untuk mencuri dari rumah itu sementara yang ada didalamnya hanyalah tempat tinggal syaitan, simpanannya dan gangguannya? Kerana itulah dikatakan kepada Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu, bahwa ada orang-orang Yahudi mengaku bahwa di dalam ibadat mereka, mereka tidak pernah terganggu. Maka Ibnu Abbas berkata: "Apakah yang boleh dilakukan oleh syaitan dalam rumah yang sudah rosak?"

(Rumah Pertama). Hati yang telah dipenuhi dengan kekuasaan Allah Subhanahu wa ta'ala dan keagungan-Nya, penuh dengan kecintaanNya dan senantiasa dalam penjagaan-Nya dan selalu malu darinya, Syaitan mana yang berani memasuki hati ini? Bila ada yang ingin mencuri sesuatu darinya, apa yang akan dicurinya?

(Rumah Kedua). Hati yang di dalamnya ada tauhid Allah, mengerti tentang Allah, mencintaiNya, dan beriman kepadaNya, serta membenarkan janjiNya. Namun di dalamnya ada pula syahwat, sifat-sifat buruk, hawa nafsu dan tabiat tidak baik. Begitulah hati ini ada dua hal padanya. Kadang-kadang hatinya cenderung kepada keimanan, ma'rifah dan kecintaan kepada Allah semata, dan kadang condong kepada panggilan syaitan, hawa nafsu dan tabiat tercela. Hati macam inilah yang dicari oleh syaitan dan diinginkannya. Dan Allah memberikan pertolongan-Nya kepada yang dikehendakiNya. Firman Allah: "Dan kemenanganmu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Ali Imran:126)

Syaitan tidak boleh mengganggunya kecuali dengan senjata yg dimilikinya, yang dengannya ia masuk dalam hati. Di dalam hati seperti ini syaitan mendapati senjata-senjatanya seperti syahwat, syubhat, khayalan-khayalan dan angan-angan dusta yang berada di dalam hati. Saat memasukinya, syaitan mendapatkan senjata-senjata tersebut dan mengambilnya serta terus duduk di hati. Apabila seorang hamba mempunyai benteng keimanan yang dapat mengimbangi serangan tersebut, dan kekuatannya melebihi kekuatan penyerangnya, maka ia akan mampu mengalahkan syaitan. Maka, tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah semata-mata.

0 Responses

I made this widget at MyFlashFetish.com.

  • Ruangan Iklan

    Demi Masa


    I made this widget at MyFlashFetish.com.

    METERAI AKU

    Mari bersembang

    Followers

    Haul Imam Alwi Al-hadad