WASIAT RASULULLAH:

"Sepeninggalan aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, SAMUDERA namanya. Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu serta ajarkan kepada mereka dua kalimah syahadah. Kerana dalam negeri itu kelak, ramai dari kalangan mereka yang akan menjadi wakil-wakil Allah. Tetapi, dalam pemergian kamu ke negeri itu, kamu hendaklah singgah mengambil seorang fakir di negeri Menggiri, bawalah fakir itu bersama-sama"

-sulalatus salatin-
TANDA KECIL (PENGHUJUNG) AKHIR ZAMAN
Assalamualaikum semua para hadirin sekelian...
salam peringatan dari saya berkenaan tasik galilee,
sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun kering dengan derasnya...
Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada satu hadis Sahih yang saya sengaja tiada tunjukkan di sini,
memberitahu saya dan anda semua,
bahawa...
bila keringnya tasik ini,
maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa,
itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini,
sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar...
Carilah hadis sahih ini sampai dapat,
dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,
di ketika anda tahu itu,
anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat,
menjadi kerisauan saya sekarang ialah,
tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi,
dan 9 tahun telah pun berlalu...

Saudara serumpun ku...
anda semua harus beringat,
bila tasik ini kering,
maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi,
membantu imam mahdi,
memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi...

dan aku ingatkan lagi,
hadis ini amatlah sahih,
sedangkan tiada seorang pun ulama di tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini,
dengan kata lain,
mereka tahu tapi mereka kekurangan berani,
kerana hakikat itu jelas,
tasik galilee sedang kering dengan lajunya,
dan mengikut kajian sains,
tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasarnya,
dan ketika itulah Nabi Isa turun...



dan anda semua kena faham,
sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus),
sudah pastilah proses2 untuk menjadi ASBAB perlunya baginda turun,
ASBAB itu mestilah terjadi,
ini bermakna wahai tuan2...

Proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:
- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda hensem dari timur itu dilantik menjadi imam mahdi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna, adalah amat saya yakini, bahawasanya, pemimpin hensem dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,
samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam forum ini melainkan untuk mengajak kamu semua langsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang ahal ini, namun anda mungkin terlambar di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyelamatkan ramai traders dan ramai dari mereka dapat kaut untung yang banyak dan dapat langsaikan hutang dunia sebelum saat itu tiba...

Ingatlah saudara-saudaraku...
Mereka bertiga akan muncul selang silih sahaja,
dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama,
mereka bertiga adalah manusia belaka, dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,
sedangkan seorang dari mereka bertiga berumur pendek tapi dapat meminpin dunia.

Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahdi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa

Ingatlah kawan-kawan...
sekiranya umur anda adalah sekitar 20 han 30 han (pada hari ini),
percayalah,
dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,
semua tanda2 untuk munculnya tanda-tanda besar,
pasti 100% muncul di zaman anda,
samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul,
atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu,
ketahuilah,
tasik galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,
dan proses pengeringan ini amat dasyat sehingga yahudi-yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras tasik galilee ini,
dan sembilan tahun sudah pun berlalu,
ada baki lagi 41 tahun (kurang-lebih) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,
dan anda harus ingat...!!!


Sekali lagi saya ingatkan,
bila Nibiru melalui nanti (diteorikan),

Dua gerhana planet akan berlaku (diselidiki),
iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),
dan...
(teori-teori gerhana pada tahun 80 han "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012),
dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku,
maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil,
dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa keraguan.

KAJIAN SAINS:
Setelah membuat penelitian...
sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari,
gelombang-gelombang pancaran akan keluar,
dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api,
dan ini bermakna,
semua apa sahaja jentera langit dan bumi,
asalkan yang mempunyai saluran elektrik,
akan dengan sendirinya tidak berfungsi,
satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan langsung berfungsi lagi,
dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.
Ini pesanan saya lagi...
" tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri pakai "
sekiranya kajian saya di atas,
maka sahla,
apa sahaja teknologi moden hari ini,
persenjataan tercanggih,
akan menjadi tidak aktif dan collapse...
maka hidup anda pada selepas peristiwa besar ini berlaku,
adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,
manusia akan kembali kepada fitrah semula,
dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar,
adalah manusia yang paling rugi di kala itu,
kerana...
bandar yang duduki itu sedang tenggelam,
kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim,
seperti banyak yang ada di tanah Melayu...

Kepada semua angkatan Teknik Keris,
sekadar pesanan, gunakan duit untung perniagaan untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di pedalaman
-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
-membeli kuda seorang dua atau tiga ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik pancutan iaitu MEMANAH
-dan kembali mengajar anak-anak kamu semua berenang

Pendek kata macam Allah firmankan: " BUATLAH PERSEDIAAN SEKUASA-KUASA BAGI KAMU DALAM SEGALA KEKUATAN BAGI MENENTANG MUSUH-MUSUH ALLAH DAN JUGA MUSUH-MUSUH KAMU..." (surah al-anfal: Al-Quran)
Ketahuilah,
kita ada tak sampai 41 tahun ja lagi sebelum tasik galilee kering sepenuhnya,
kita ada hanya purata 41 tahun ja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini,
dan anda kena faham lagi sekali,
sebelum Nabi Isa itu turun,
sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita,
dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,
dan sudah semestinya lah akibat perang itu,
dengan sebab sistem yang lengkap di keliling kita,
menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar,
Wahai sahabat-sahabatku sekelian...
dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi isa,
dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,
sekali lagi saya ingatkan,
anda hanya ada 41 tahun lebih sahaja sebelum satu tanda besar pertama keluar,
bila satu tanda besar keluar,
maka lengkaplah semua tanda-tanda kecil,
bila satu tanda besar keluar,
akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu...

Dan ingatlah wahai Muslimin samada MELAYU, CINA ATAU INDIA...
doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,
dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,
dari susurgalur Nabi Muhammadlah,
akan munculnya pemuda hensem bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"),
yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,
percayalah,
di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad,
kerana mereka berdua dari keturunan yang sama,
sedangkan Mahdi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat,
carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Alquran)
dan kerana itulah,
Solat Lima Waktu di tahiyat akhir,
akan selalu kita bacakan nama dua orang Nabi itu.

Pesanan Terakhir,
langsaikan hutang secepat mungkin,
tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,

yang menetap dibandar pertahankanlah bandar tersebut semampu yang boleh,
kumpulkan kain-kain yang tahan lama,
ternak dan gembala kambing,
ajar anak anak menunggang kuda,
simpan cermin mata anda sebaik mungkin,
banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,
banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,
latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah,
banyakkan berenang di waktu petang,
minta maaf pada saudara-saudara dekat dan saudara-saudara jauh,
kita kena cepat mintak maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajal menguasai hari)

Kalau perlu,
sila sebarkan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.
4 Responses
  1. salam bang, mohon share artikel ini.


  2. ZulieKecik Says:

    Assalamualaikum...saya pun mohon share info ini untuk dicetak.



  3. Unknown Says:

    mohon share artikel ni ustaz lutfi.. :)



I made this widget at MyFlashFetish.com.

  • Ruangan Iklan

    Demi Masa


    I made this widget at MyFlashFetish.com.

    METERAI AKU

    Mari bersembang

    Followers

    Haul Imam Alwi Al-hadad