WASIAT RASULULLAH:

"Sepeninggalan aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, SAMUDERA namanya. Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu serta ajarkan kepada mereka dua kalimah syahadah. Kerana dalam negeri itu kelak, ramai dari kalangan mereka yang akan menjadi wakil-wakil Allah. Tetapi, dalam pemergian kamu ke negeri itu, kamu hendaklah singgah mengambil seorang fakir di negeri Menggiri, bawalah fakir itu bersama-sama"

-sulalatus salatin-
AJARAN SALAFIAH WAHHABIAH DALAM KONTEKS AHLISSUNNAH WAL-JAMAAH DI MALAYSIA
Ahlissunnah waljama’ah merupakan ajaran dan amalan
arus perdana umat Islam semenjak dari awal
sejarahnya sampai sekarang.Ia menimbulkan sistem
huarain ilmu berkenaan dengan akidah, syari’at,
kerohanian, dan akhlak. Inilah yang merupakan sistem
ilmu yang menjadi paksi dan dasar umat ini. Sistem
ilmu yang berpunca daripada wahyu, nubuwwah, ijma’,
pengamatan manusia berpengetahuan yang muktabar
ini tersus menerus memandu umat ini dalam perjalanan
sejarahnya. Walaupun ada gangguan-gangguan aliran
yang bersifat serpihan muncul dari semasa ke semasa,
arus perdana ini terus menerus berjalan memberi
panduan kepada umat. Antara aliran yang muncul
dalam abad ke lapan belas yang bersifat serpihan ini
ialah aliran yang timbul daripada Muhammad bin ’Abd
al-Wahhab dari Najd. Maka dalam nota ringkas ini akan
dibicarakan beberapa perkara pokok berkenaan
dengan ajaran Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab yang
menyentuh konsep tauhid dan syahadah serta
implikasi-implikasi daripada ajaran yang demikian
dengan menyebut juga beberapa fakta sejarah . Dalam
huraian ringkas ini juga akan disebutkan soal mengikut
mazhab dan amalan-amalan yang dikirakan bid’ah dan
sesat oleh kelompok ini. Fakta-fakta yang dibicarakan
diambil daripada rujukan-rujukan yang ‘primary’ dan
juga teks-teks yang muktabar.Sorotan akan diberikan
mengikut panduan sistem ilmu Ahlissunnah waljamaah
atau epistemologinya.Implikasi-implikasi pendekatan itu
akan diperhatikan, berdasarkan kepada pendekatan itu,
contoh-contoh sejarah tentangnya, dan kemungkinankemungkminan
yang boleh timbul akibat daripada
pengembangan pendekatan itu.Kita boleh bermula
dengan menyebut pengasasnya sendiri, Muhammad
ibn ‘Abd al-Wahhab.Dari buku ‘Tarikh al-madhahib alislamiyyah’
oleh Imam Muhammad Abu Zahrah
tdrdapat beberapa maklumat pokok berkenaan
dengannya:Muncul dalam negeri Arab, di kawasan
padang pasir, akibat terlampau memuliakan peribadiperibadi
dan mengambil berkat dengan mereka (pada
pandangan Wahhabi).Berdamping dengan Allah
dengan melawat kubur mereka, akibat banyak bid’ahbid’ah
yang bukan daripada perkara agama (‘laisat
mina’d-din). Wahhabiyyah muncul untuk memerangi itu
semua, dihidupkannya mazhab ibn
Taimiyyah.Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab meninggal
tahun 1787, mempelajari teks-teks ibn Taimiyyah;
zamannya ibn Taimiyyah tidak tersebar ajarannya dan
ia tidak terkenal.Dalam zamaan Sultan Salim III (1204-
1222) antara fitnah-fitnah yang muncul ialah fitnah
Wahhabiyyah yang bermula dengan gerakan
Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Hejaz, mereka
mengambil al-Haramain dari pemerintahan
‘Uthmaniyyah, menghalang orang menunaikan haji dari
Syam, dan Mesir , antara lainnya.Dalam buku
berkenaan dengan ulama-ulama mazhab Hanbali
karangan Syaikh Muhammad bin ‘Abdullah al-Hanbali,
mufti mazhab Hanbali di Mekah (men.1295 H), berjudul
‘Al-Suhub al-Wabilah ‘ala Dara’ih al-Hanabilah’
disebutkan ( Maktabah al-Imam Ahmad, 1989,hal 275
)bahawa ‘Abd al-Wahhab bin Sulaiman al-Najdi adalah
“bapa kepada Muhammad penggerak da’wah (sahib alda’wah)
yang tersebar keburukannya di bumi (intashara
shararuha fil afaq) , tetapi ada kelainan antara mereka
berdua itu, bagaimanapun Muhammad tidak
menzahirkan dakwahnya melainkan selepas mati
bapanya itu; dan diberitahu kepada saya (kata
pengarang ‘al-Suhub al-Wabilah’) oleh olrang semasa
dengan Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab bahawa
bapanya marah dengan anaknya itu kerana ia tidak rela
menggunakan masanya untuk menekuni ilmu fiqh atau
kefahaman sebagaimana mereka yang
terdahulu…demikian pula anaknya Sulaiman saudara
kepada Muhammad (ibn ‘Abd al-Wahhab) tidak
bersetuju dengannya dalam dakwahnya dan menulis
kitab dengan sedemikian baiknya menyanggahinya
dengan menggunakan ayat-ayat Qur’an dan hadithhadith
… dan (Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab) tidak
memandang kepada pendapat ulama [yang dahulu
atau yang kemudian] siapa juga orangnya selain
daripada Syaikh Taqiyuddin ibn Taimiyyah dan
muridnya ibn al-Qayyim; beliau memandang pendapat
kedua orang itu sebagai nas yang tidak diterima ta’wil
…”(hal 275).Disebutkan oleh Muhammad Abu Zahrah
bahawa berlaku peperangan antara golongan Wahhabi
dan Syarif Makkah, Syarif Ghalib ibn Bu Sa’id yang
dilantik oleh Sultan Turki untuk mewakilinya mentadbir
dan memerintah kawasan Hijaz.Sebelum itu pihak
Wahhabi mula membina kekuasaan dan pengaruhnya
di kalangan Orang Arab dalam kawasan mereka.
Mereka membunuh Muslimin dalam prose situ,
menghalalkan mengambil harta mereka dan
menangkap para wanita mereka. Ini bermula dengan
ajaran Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab yang berasal
dari bani Tamim.Dalam ’Tarikh Najdin’ tersebut bahawa
golongan Wahhabiyyah menentang kerajaan
’Uthmaniyyah kerana dianggapnya kerajaan itu syirik
dan kafir kerana mengamalkan tawassul dan berdoa di
kubur orang-orang yang mati. Kenyataan tentangnya
seperti berikut (selepas menyebut bahawa manusia
zaman kita bukan menyembah malaikat dan ’Isa, tetapi
’menyembah manusia ( yad’una unasan):
)، فقد اعتبر الشیخ محمد بن عبد الوھاب عامة المسلمین كفارا ومشركین
ومرتدین كأھل الجاھلیة الأولى ، أو أضل منھا ، وقال:“ ان أكثر الخلق قد لعب
، وأخرجھ في قالب حب الصالحین بھم الشیطان و زیَّن لھم الشرك با
وتعظیمھم“.“وإن المشركین في زماننا أضل من الكفار الذین في زمان رسول
لله .. فلا یخفى علیكم ما ملأ الأرض من الشرك الأكبر : عبادة الأصنام:( ”
Syaikh Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab sesungguhnya
menganggap bahawa umum Muslimin adalah kafir ,
musyrik, dan murtad seperti ahli Jahiliyyah zaman awal
, atau lebih sesat lagi daripada itu.Kata beliau
;’Sesungguhnya kebanyakan manusia dipermainkan
oleh syaitan dan Syaitan menampakkan cantik kepada
mereka perbuatan syirik mereka terhadap Allah, dan Ia
menjadikan keluar daripada mereka kasih kepada
orang-orang yang solih dan membesar-besarkan
mereka.Sesungguhnya orang-orang [Muslimin yang
menjadi] musyrikin zaman kita ini lebih sesat lagi
daripada orang kafir zaman Rasulullah s.a.w.Maka
tidak terselindung lagi daripada anda bahawa syirik
terbesar memenuhi bumi, iaitu menyembah
berhala”.(Kalau itu dikaitkan dengan hadith yang
menyebut manusia akhirnya menyemb ah berhala pada
zaman kemudian, maka itu bukan berlaku atas mereka
yang beriman, tetapi atas mereka yang masih ada
selepas daripada mati semua orang yang beriman
kerana angin halus seperti sutera, selepas itu yang
tinggal adalah makhluk yang seburuk-buruknya,
mereka itulah yang menyembah berhala, bukannya
orang-orang soleh yang melawat kubur auliya’ dan
meminta keberkatan daripada mereka atau
bertrawassul dengan mereka).(ini ada dalam hadith
sahih al-Bukhari berkenaan dengan matinya sekelian
mereka yang beriman dengan angin yang halus seperti
sutera itu).Dalam hubungan dengan kerajaan
’Uthmaniyyah, bila wakil kerajaan ’Uthmaniyyah hendak
meminta perjanjian perdamaian (’al-hudnah wa al-sulh)
maka dijawab dalam surat kepada rombongan itu
seperti berikut:
)، جاء فیھا ”:وأما المھادنة والمسابلة على غیر الاسلام ، فھذا أمر محال ،
بحول لله وقوتھ ، وأنت تفھم أن ھذا أمر طلبتموه منا مرة بعد مرة … وبذلتم
الجزیة على أنفسكم كل سنة ثلاثین ألف مثقال ذھبا ، فلم نقبل منكم ولم نجبكم
بالمھادنة ، فان قبلتم الاسلام فخیرتھا لكم وھو مطلبنا ، وان تولیتم فنقول كما
قال لله تعالى: (فان تولوا فانما ھم في شقاق فسیكفیكھم لله وھو السمیع العلیم(
Ada dalam surat [’yang berkenaan itu] ’Adapun
berdamai dan memberi laluan kepada yang bukan
Islam, itu perkara yang tidak mungkin, dengan daya
dan upaya Allah, dan anda faham bahawa ini suatu
perkara yang anda minta dari kami kali demi kali…Dan
anda memberi jizyah atas diri anda semua tiap-tiap
tahun tiga puluh ribu mithqal emas, walhal kami tidak
menerima daripada kamu, dan kami tidak memberi
jawapan kepada kamu dengan perdamaian, maka
sesungguhnya kalau anda menerima Islam, itu baik
bagi kamu dan itu yang kami tuntut; kalau anda
berpaling, maka kami katakan, sebagaimana yang
difirmankan Allah taa’a:’Maka kalau mereka berpaling
maka mereka berada dalam permusuhan [dengan
kamu] maka memadailah Allah untuk kamu, Ia Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui” (al-
Baqarah.137).Berlakulah penentangan terhadap
’Uthmaniyyah itu , sehingga akhirnya, dengan mereka
menolong British dan Prancis, jatuhlah keranaan itu,
walaupun itu bukan satu-satunya faktor kejatuhan,
tetapi ia satu daripada faktor-faktor yang membawa
kepada kejatuhan itu.Tidak ada mazhab fikh dalam
Ahlissumnnah yang mengizinkan ulil-amri itu
disanggahi demikian.Disebutkan dalam kitab
Muhammad Abu Zahrah bahawa mereka mengangkat
pedang dan berperang itu ’ bagi menegakkan sunnah
dan menghapuskan bid’ah’ (li iqamatissunnah wa
imatati’l-bid’ah).Antaranya memang benar kenyataan
Abu Zahrah tentang mereka memperluas-luaskan
bid’ah itu sampai kepada adat-adat kebiasaan, seperti
pada suatu masa mereka mengharamkan rokok
sebagai bid’ah, sampai ada orang awam mereka –
kerana terlalu amat sangat penentangan mereka itu
terdadapnya – bahawa orang yang menghisap rokok itu
seolah-olah musyrikin .Kata Abu Zahrah, golongan ini
berpegang kepada prinsip bahawa pegangan kami
adalah benar tidak mungkin tersilap pegangan anda
tersilap tidak mungkin benar ( anna ’ulama’ al-
Wahhabiyyin yafriduna fi ara’ihim al-sawab alladhi lam
yuqbal al-khata’ wa fi ara’ ghairihim al-khata’ alladhi la
yuqbalu al-taswib bal annahum a’tabiruna ma ’alaihi
ghairuhum min iqamatil-udruhah wa al-tawaf haulaha
qariban minal-wathaniyyah wa hum fi hadha
yuqaribunanal-Khawarija alladhina kanu yukaffiruna
mukhalifihim wa yuqatilunahum kama dhakarna
.”Adapun ulama Wahhabi itu memfardhukan bahawa
pendirian mereka adalah benar dan tak mungkin
diterima kesilapan, dan pendirian yang lain daripada
mereka adalah salah tak mungkin diterima betulnya”
(Ini berlawanan dengan dasar Ahlissunnah yang
mengajarkan pendirian kita benar tetapi boleh jadi tidak
benar, pendirian anda pada kami tidak benar, tapi boleh
jadi ada benarnya.Berlakulah dalam sejarah apa yang
telah berlaku, iaitu bahagian siasah dipegang oleh
keluarga Su’ud dan bahagian hukum agama dan
pelajaran agama dipegang oleh keluarga Muhammad
ibn ’Abd al-Wahhab, ertinya dua perkara besar itu
adalah sebagai ’pesaka’ dalam dua keluarga itu.
Wallahu a’lam.Pokoknya, kalau aliran itu kekal pada
tempatnya, kita tidak risau, tetapi bila ia dipromosikan
ke negeri-negeri lain, maka itu masalah. Di mana
berkembangnya cara berfikir seperti ini disitulah
timbulnya pergaduhan, sampai ke tahap berlaku
pembunuhan. Wallahu a’lam.
Beberapa Unsur Wahhabiyyah :Di bawab ini
diperturunkan bebarapa unsur Wahhabiyyah, yang
bermula dengan ajaran Syaikh Muhammad ’Abd al-
Wahhab yang berasal dari Najd, berdasarkan kepada
teks-teks dari kalangan mereka yang berpegang
kepada ajaran itu.Antaranya ialah unsur-unsur seperti
berikut:
Untuk mendapat pendirian Wahhabiah atau ajaran
Muhammad bin ’Abd al-Wahhab, maka tepat sekali
kalau diambil data-data tentang pendiriannya daripada
sumber-sumbernya yang ’primari’ supaya adil.Antara
buku-buku itu ialah :(a)‘Kitabut-Tauhid’ ibn ‘Abd al-
Wahhab(b)K.al-Shubuhat fi al-tauhid oleh Muhammad
ibn ‘Abd al-Wahhab(c)’ Solah al-nabi’ oleh al-
Albani(d)al-Khojandi al-Ma’sumi ’Hal al-Muslim Mulzam
bi’t-Tiba’ madhhabin Mu’ayyanin minal-Madhahibil-
Arba’ah’;(e)al-Fatawa al-Kubra ibn Taimiyyah(f)Abu
Aminah Bilal Philips beberapa bukunya dalam bahasa
Inggeris(g)al-Zahawi Arab dan Inggeris(h)’Unwan al-
Majdi’ oleh ibn Abi Bishr(i) ’Tarikh Najdin’ oleh ibn
Ghannam dll.
Unsur-unsur ajarannya adalah antaranya seperti
berikut:
(1)Tafsiran tentang syahadah yang tidak ada dalam
ijma Ahl al-Sunnah:
Tafsiran syahadah yang menyalahi ijma’.Ini terdapat
dalam teks ‘Kitab al-Tauhid’(karangan Syaikh
Muhammad ‘Abd al-Wahhab sendiri) dalam ‘Fath al-
Majid Syarah Kitab al-Tauhid’ karangan Al-Syaikh ‘Abd
al-Rahman bin Hassan al-Syaikh :
ومنھا قولھ صلى لله علیھ وسلم: (من قال: لا إلھ إلا لله وكفر بما یعبد من دون
لله حرم مالھ ودمھ، وحسابھ على لله) وھذا من أعظم ما یبیِّن معنى (لا إلھ إلا
لله) فإنھ لم یجعل التلفظ بھا عاصماً للدم والمال، بل ولا معرفة معناھا مع
لفظھا، بل ولا الإقرار بذلك، بل ولا كونھ لا یدعو إلا لله وحده لا شریك لھ، بل
لا یحرم مالھ ودمھ حتى یضیف إلى ذلك الكفر بما یعبد من دون لله، فإن شك أو
توقف لم یحرم مالھ ودمھ. فیالھا من مسألة ما أعظمھا وأجلھا، ویالھ من بیان ما
أوضحھ، وحجة ما أقطعھا للمنازع
Terjemahan: Antaranya (ayat-ayat berkenaan dengan
syahadah ) sabda Nabi s.a.w. ‘Sesiapa yang berkata ‘la
ilaha illa’llah dan kufur ia terhadap apa yang disembah
selain daripada Allah maka haramlah hartanya dan
darahnya (ia tidak boleh dibunuh lagi , misalnya dalam
jihad) , dan hisab tentangnya adalah terletak pada
Allah; ini adalah perkara yang sebesar-besarnya yang
menerangkan makna ‘la ilaha illa’llah’; ia tidak
menjadikan berlafaz (sahaja dengan la ilaha illa’llah) itu
menyelamatkan darah dan (hartanya), bahkan tidak
(juga mengelamatnya dengan) mengetahui maknanya
berserta dengan lafaznya , bahkan (tidak juga selamat
harta dan nyawanya itu dengan) berikrar dengan itu
(iaitu berikrar dengan la ilaha illa’llah) bahkan tidak
(juga selamat nyawa dan harta itu) dengan ia tidak
menyeru melainkan kepada Allah Yang Maha Esa tidak
ada sekutu bagiNya, bahkan tidaklah haram hartanya
dan darahnya sehingga ia menambahkan kepada itu
(yang empat perkara sebelum ini iaitu ) kufur terhadap
apa yang disembah selain daripada Allah; kalau ia syak
atau tawaquf maka tidak haram hartanya dan
darahnya.Maka alangkah hebat dan agungnya
masaalah ini, alangkah menerangkan dan
menjelaskannya (dengan sebaiknya), alangkah
memutuskan pertikaian (dengan penjelasan yang
sebegitu nyata itu). Huraian berkenaan dengan
syahadah seperti ini tidak pernah ada dalam
Ahlissunnah wal-Jamaah.
Dalam Ahlissunnah Islamnya seseorang itu adalah
dengan berlafaz dengan ‘la ilaha illa’llah’ dengan itu
selamat harta dan nyawanya.Ini antaranya jelas
darikpada hadith sahih yang bermaksud
“Sesungguhnya aku diperintah untuk berjihad dengan
manusia sehingga mereka mengatakan ‘tiada tuhan
melainkan Allah’ bila mereka berkata demikian maka
nyhawa dan harta mereka selamat, dan hisab tentang
mereka adalah terpulang kepada Allah’.Sebab itu
dalam masa jihad nabi s.a.w. bila terdengar ada azan
disesuatu tempat maka tentera Muslimin tidak lagi perg
ke situ.Dan dalam hadith sahih berkenaan dengan
sahabat membunubh orang yag mengucap syahadah,
Rasulullah bertanya kepada sahabat itu ‘Anda
membelah dadanya? Anda membelah dadanya?
…’.Mungkin tafsiran secara beginilah yang
menghalalkan setengah Muslimin berperang melawan
tentera Khilafah ‘Uthmaniah, benteng terakhir menjaga
umat dari segi zahirnya, jatuh ke tangan
Barat.Subhana’llah. Kalau kerajaan ‘Uthmaniah yang
sedemikian penting ditentang, maka yang lain daripada
itu lebih mudah lagi ditentang. La haula wa quwwata illa
billahil-‘aliyyil azim.
(2)Adam syirikAdam syirik dalam ketaatan ; ini adalah
bercanggah dengan ijma’ Ahlissunnah tentang
maksumnya para nabi s.a.a.Dalam Kitab al-Tauhid’
yang sama, dengan syarahnya sekali seperti di atas
(muka surat ) dinyatakan dalam hubungan dengan ayat
190 Surah al-A’raf yang bermaksud “Tatkala Allah
memberi kepada keduanya seorang anak yang soleh,
maka keduanya menjadikan sekutu bagi Allah tentang
anak yang telah dianugerahkanNya kepada keduanya
itu…”.Ayat dalam kitab itu demikian: disebutkan
bahawa bila Adam mendatangi (Hawwa) maka ia
mengandung, maka datang Iblis kepada (Adam dan
Hawwa) , katanya :Aku sahabat kamu berdua yang
mengeluarkan kamu daripada syurga supaya kamu taat
kepadaku…’ kemudian disebut bila ia tidak ditaati maka
dua kali anak yang dikandung itu kelurar mati; bila ia
mengandung kali yang ketiga, maka Iblis dating maka
takut anak itu mati iapun menamakan anaknya ‘Abd alharith;
kemudian dikatakan dalam riwayat itu, ‘shuraka’
fi ta’atihi (syirik dalam taat kepada Iblis) bukan syirik
dalam ibadat kepadanya’ (shuraka’ fi ta’atihi wa lam
yakun fi ‘ibaditihi).
Dalam ‘Tafsir ibn Kathir’ dinyatakan : riwayat ini ialah
dari kalangan Ahlil-Kitab, tidak boleh dijaikan
sandaran.(Kalau kita hendak pilih sebagai ahli ilmu
yang disuruh oleh Qur’an kita bertanya kepadanya ,
sebagai ahli hadith dan ahli tafsir,tentulah kita memilih
ibn Kathir, yang diakui dalam Ahl al-Sunnah, bukannya
pengarang kitab tauhid yang memberi huraian seperti
ini.
آثَار أَھْ ل الْكِتَاب وَ قَدْ صَحَّ ا لْحَدِیث وَ ھَذِهِا لآْ ثَار یَظْھَر عَلَیْھَاو للهََّ أَعْ لَم أَنَّھَا مِنْ
تُصَدِّقُوھُمْ عَلَیْھِ وَ سَلَّمَ أَنَّھُ قَال “ إِذَا حَدَّثَكُمْ أَھْل الْكِتَابف لاَ عَنْ رَسُول للهَّ صَلَّى للهَّ
فَمِنْھَا مَا عَلِمْنَا صِحَّتھ بِمَا دَلَّ عَلَیْھِ و لاَ ت كَذِّبُوھُم “ ثُمَّ أَ خْ بَارھمْ عَلَىث لاَ ثَة أَقْسَام
خِلاَ فھ مِنْ للهَّ أَ وْ سُنَّة رَسُولھ وَ مِنْھَا مَا عَلِمْنَا كَذِبھ بِمَا دَلَّ عَلَى الدَّلِیل مِنْ كِتَاب
فَھُوَ الْمَأْذُون فِي رِ وَ ایَتھ الْكِتَاب وَ السُّنَّة أَیْضًا وَ مِنْھَا مَا ھُوَ مَسْ كُوت عَنْھ )Tidak
patut ada riwayat seperti ini dalam ‘kitab
tauhid’.Subhana’llah. Ini bercanggah dengan pegangan
Ahl al-Sunnah tentang nabi-nabi itu ma’sum, apa lagi
hendak dikatakan ia ‘syirik dalam taat’ kepada Iblis.
(3)Al- Busiri dituduh syirik kerana menyebut ia minta
syafaat kepada nabi Hari Kiamat:
Pada Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab Al-Busiri syirik
kerana minta tolong nabi memberi syafaat
kepadanya:Ini ada dalam ‘al-Burdah’nya dalam bait
yang bermaksud : katanya :
أندادا ؟ فكیف بمن قال ما لى من ألوذ بھ قولھ صلى لله علیھ وسلم:أجعلتنى
سواك والبیتین بعده
Sabda baginda s.a.w. Adakah anda menjadikan aku
saingan bagi Allah? ( tentulah sahabat tidak
menjadikan nabi saingan bagi Allah dengan terkeluar
daripada mulutnya ’Apa yang dikehendaki Allah dan
apa yang dikehendaki oleh Muhammad’; (kemudian
kata pengarang kitab tauhid itu) ’Maka bagimanakah
pula dengan (al-Busiri pengarang ’al-Burdah’ yang
menyatakan ’bagaimanakah aku, (wahai nabi) siapakah
yang aku hendak minta (syafaat) selain daripada
engkau ’ dan dua bait lepas itu (iaitu pada hari yang
bencana terkena atas semua tanpa kecuali)?
Di sini ada tuduhan kepada pengarang ’al-Burdah’ –
Allah memberi rahmat kepadanya -, bahawa dengan
kata-kata meminta syafaat daripada nabi itu
(sebagaimana yang kisahnya ada dalam hadith sahih,
hanya nabi Muhammad sahaja yang memberi syafaat
uzma itu) , pada Hari hisab nanti, ia mengadakan
sekutu terhadap Allah. Ini berlawanan dengan akidah
Ahl al-Sunnah yang mengajarkan tentang syafaat uzma
ini, dan yang mengizinkan kita menyebut nama nabi
dalam doa.Bahkan dalam tahyatpun kita menyebut
’ayyuhannabi’ , wahai nabi, seolah-olah ia ’ada’ hampir
dengan kita.
(4)Mengikut mazhab syirik kafir; ini bercanggah dengan
ijma’ dalam Ahlissunnah , yakni orang awam wajib
mengikut mujtahid, sebagaimana yang jelas daripada
ayat Qur’an yang bermaksud ”Hendaklah kamu
bertanya kepada ahli ilmu (ahl al-dhikr) kalau tidak
mengetahui”.Dan ahli ilmu yang tertinggi dalam umat ini
dalam hubungan dengan Syariat ialah imam mujtahid.
Ada pandangan di kalangan mereka ini tentang
mengikut mazhab tertentu kafir-syirik sama dengan
kristian (nasara) mengambil rahib-rahib dan ahli-ahli
hukum agama sebagai tuhan-tuhan selain Allah.ini ada
dalam kitab ’Hal al-Muslim Mulzam bittiba’ Madhhab
Mu’ayyanin Minal-Madhahib al-Arba’ah?’ karangan al-
Khojandi al-Ma’sumi, yang menyatakan : قال الشیخ تقى الدین
والا قتل لان ھذا الایجاب اشراك بن تیمیھ : من أوجب تقلید امام بعینھ استتیب
فى التشریع الذى ھو من خصائص الربوبیة با Kata Syaikh Taqi al-
Din bin Taimiah: Sesiapa yang mewajibkan taklid
kepada seseorang imam tertentu (katakanlah Imam
Syafie, di Malaysia) maka hendalklah disuruh ia
bertaubat, kalau tidak ia mesti dibunuh, kerana
mewajibkan (mengikut imam tertentu, seperti yang
difaham dalam Ahl al-Sunnah nisbah bagi orang bukan
mujtahid adalah syirik terhadap Allah dalam tashri’ yang
ianya adalah satu daripada khususiah Sifat Rububiah
bagi Tuhan).(hal.55). Sudah tentu fahaman seperti ini
tidak selaras bahkan bercanggah dengan ijma’ Ahl al-
Sunnah tentang wajib mengikut imam orang yang
bukan mujtahid, asalkan imam yang mujtahid.Kalau
orang mujtahid haram ia mengikut orang lain.
Cara memahami agama seperti ini, yang tidak ada
dalam Ahlissunnah, mengingatkan kita kepada
maklumat bahawa pengarang ’Kitab Tauhid’ yang
disebut di atas (Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab) , yang
menjadi ikutan bagi al-Khojandi al-Ma’sumi ini
menyatakan (muka 464); (ertinya): Keadaan berubah
(sedemikian rupa) sampai ke tahap jadilah pada
kebanyakan golongan majoriti bahawa beribadat
kepada rahib-rahib itu amalan yang paling afdal,
dipanggil sebagai darjah wali, dan beribadat kepada
orang-orang alim dalam hukum agama (ahbar) sebagai
ilmu dan fahaman yang dalam; kemudian perubahlah
hal keadaan sampai (ke tahap) disembah yang selain
daripada Allah porang yang bukan dalam kalangan
solihin, dan disembah dalam erti yang kedua itu orang
dari kalangan yang jahil. Ayat itu ialah:
:تغیّر الأحوال إلى ھذه الغایة، حتى صار عند الأكثرعبادة الرھبان ھي أفضل
الأعمال، وتسمى الولایة، وعبادة الأحبار ھي العلم والفقھ ثم تغیرت الحال إلى
أن عبد من دون لله من لیس من الصالحین، وعبد بالمعنى الثاني من ھو من
الجاھلین
Fahaman ini menyebabkan pengikutnya al-Khojandi al-
Ma’sumi memahami bahawa mewajibkan mengikut
mazhab imam tertentu adalah kesyirikan. Tidak
hairanlah orang seperti nasir al-Din al-Albani dalam
kitab ‘Solah al-Nabi’ menyerang pengikut mazhab dan
mengajak mereka sembahyang mengikut kitabnya,
dikatakan itulah ‘sembahyang nabi’ sembahyang dalam
mazhab adalah ‘sembahyang mengikut imam mazhab’,
itu boleh membawa kepada apa yang disebut oleh al-
Khojandi al-Ma’sumi. Subhana’Llah. Cara berfikir dan
memahami agama yang menyalahi ijma’ seperti ini
janganlah dibiarkan berkembang di Malaysia ini.Kalau
ia berada di negeri lain, itu soal lain pula. Kewajipan
kita ialah mula-mulanya menjaga negeri kita ini.
Tentang wajib mengikut imam mazhab ini menjadi
pegangan Ahl al-Sunnah wa al-jama’ah sebagaimana
yang disebutkan oleh al-Munawi rh dalam Syarah aljami’
al-Saghir :
katanya:
ویجب علینا أن نعتقد أن الأئمة الأربعة والسفیانین والأوزاعي وداود الظاھري
وإسحاق بن راھویھ وسائر الأئمة على ھدى ولا التفات لمن تكلم فیھم بما ھم
تعالى بریئون منھ والصحیح وفاقاً للجمھور أن المصیب في الفروع واحد و
فیما حكم علیھ أمارة وأن المجتھد كلف بإصابتھ وأن مخطئھ لا یأثم بل یؤجر
فمن أصاب فلھ أجران ومن أخطأ فأجر، نعم إن قصر المجتھد أثم اتفاقاً وعلى
غیر المجتھد أن یقلد مذھب اً.. فیمتنع تقلید غیر الأربعة في القضاء والافتاء لأن
المذاھب الأربعة انتشرت وتحررت حتى ظھر تقیید مطلقھا وتخصیص عامھا
بخلاف غیرھم لانقراض اتباعھم وقد نقل الإمام الرازي رحمھ لله تعالى إجماع
المحققین على منع العوام من تقلید أعیان الصحابة وأكابرھم انتھى .
Wajib atas kita beriktikad bahawa imam empat, Sufyan
yang dua itu (Sufyan bin ‘Uyainah dan Sufyan al-
Thauri) , Auza’I, Daud Zahiri, Ishaq bin Rahawaih, dan
lain-lain (imam mujtahid) berada dalam hidayat (yang
benar di jalan Allah) dan tidak diberikan perhatian
kepada orang-orang yang bercakap berkenaan dengan
mereka walhal mereka bersih daripada perkara itu;
yang sohih dan mengikut jumhur bahawa orang yang
benar dalam perkara furu’ satu pihak, dan terserah
kepada Allah tentang apa yang dihukumkan atasnya
sebagai tanda perjalanan [hidup beragama]; dan
mujtahid itu dipertanggungjawabkan untuk berusaha
mencari kebenaran dan oreang yang tersilap [kalau ia
mujtahid] tidak berdosa, bahkan diberi pahala; yang
betul mendapat dua pahala, kalau mujtahid itu taksir
[dalam usahanya, ia tak mencukupi syaratnya] ia
berdosa, itu ittifaq [ulama tentangnya]; dan orang yang
bukan mujtahid hendaklah mengikut mujtahid yang
tertentu (seperti Syafie, atau lainnya yang ada dalam
Ahl a-Sunnah wa al-Jama’ah); maka terlarang mengikut
yang lain daripada mazhab empat dalam membuat
keputusan hukum dan memberi fatwa, kerana mazhab
empat itu telah tersebar dan telah tertulis dengan
teguhnya sehingga jelas huraian tentang kaitan-kaitan
perkara mutlaknya , dan perkara-perkara yang bersifat
am daripada yang khususnya, lain halnya dengan
[aliran yang ] selain daripada [aliran] mereka kerana
para pengikutnya sudah tidak ada lagi; Imam Fakhr al-
Din al-Razi (mujaddib abad ke 7 Hijrah itu)
menyebutkan bahawa telah ijma’ ulama muhakkikin
bahawa orang awam tertegah daripada mengikut
peribadi-peribadi tertentu dalam kalangan Sahabat dan
para pemimpin besar mereka [kerana orang awam
tidak tahu tentang perjalanan mereka sebenarnyauem].
Dalam hubungan dengan ulama tasauf pula, jelas ahli
tasauf yang ditentang oleh golongan ini adalah
golongan Ahl a-Sunnah wa al-jama’ah yang sangat
dihormati sebagaimana yang dijelaskan oleh ‘Abd al-
Qahir al-Baghdadi rh dalam ‘al-Farq bain al-Firaq’
sewbagaimana yang tersebut dalam makalah penulis
ini berkenaan dengan golongan-golongan mukminin
dalam Ahl al-Sunnah wa al-jama’ah.
Ikut ulama fiqh, atau mujtahid dalam fiqh ialah mengikut
keilmuan dan muktabar, bukan menyembah ulama fiqh,
dan mengikut ajaran saufi atau memuliakan mereka,
meminta doa kepada Tuhan dengan menyebut
keberkatan bukan menyembah mereka. Itu tidak sama
dengan penyembah berhala.
(5)Tawassul syirik ini bercanggah dengan ijma’ Sunni.
Tawassul dengan makna ‘istighathah’ terdapat dalam
hadith riwayat al-Bukhari seperti berikut:)
روى البخاري عن رسول لله صلى لله علیھ وسلم أنھ قال:{ إن الشمس تدنو یوم
القیامة حتى یبلغ العرق نصف الأذن, فبینا ھم كذلك استغاثوا بآدم ثم بموسى ثم
بمحمد}, والتوسل والاستغاثة بمعنى واحد كما قال الحافظ اللغوي تقي الدین
السبكي الذي قال فیھ السیوطي إنھ حافظ مجتھد لغوي فقیھ أصولي نحوي متكلم.
(
Riwayat al-Bukhari dari Rasulullah salla’lahu ‘alaihi wa
sallam bahawa baginda bersabda: Sesungguhnya
matahari hampir pada hari kiamat sampai peluh ke
tahap separuh telinga [manusia], maka mereka
meminta pertolongan (istagahthu) dengan nabi Adam ,
kemudian dengan Musa, kemudian dengan Muhammad
).Tawassul dan istighathah (meminta tolong maknanya
satu) seperti dinyatakan oleh al-hafiz al-lughawi
Taqiyuddin al-Subki , yang berkenaan dengan itu
dikatakan oleh al-Suyuti, iaitu ia hafiz mujtahid lughawi
faqih usuli nahwi mutakallim) .
Syirik bertawassul kepada orang yang telah mati.Dalam
hubungan dengan tawassul, yang dikatakan syirik oleh
golongan Wahhabiyyah ini ini terdapat nasnya dalam
hadith nabi s.a.w.
Hadith berkenaan dengan tawassul (walaupun dalam
hubungan dengan nama orang yang sudah meninggal
dunia ialah seperti berikut:Diriwayatkan dalam hadith
ibn Majah , dengan sanad yang sahih, dari Abu Sa’id
al-Khudri rd katanya bahawa nabi s.a.w. bersabda:
‘Sesiapa yang keluar daripada rumahnya untuk
melakukan sembahyang, kemudian ia berdoa
katanya:”Wahai Tuhan, hamba bermohon dengan hak
mereka yang berdoa meminta kepada Engkau, dan
hamba memohon dengan hak mereka yang berjalan di
jalan ini menuju kepada Engkau, dengan hamba keluar
ini bukan dengan main-main , dengan sombong atau
menunjuk-nunjuk kelebihan diri, bukan untuk mendapat
nama. Hamba keluar hanya untuk mengelak daripada
murka Engkau dan untuk mendapat keredaan
Engkau.Oleh itu, hamba memohon, selamatkan hamba
daripada Api Neraka dan ampunlah dosa-dosa hamba,
kerana tidak ada siapa yang mengampunkan dosa
melainkan Engkau.’Allah akan memandang kepadanya
dengan kasihan belas dan tujuh puluh ribu malaikat
akan memohon ampun untuknya.( Diriwayatkan oleh
Musnad Ahmad (3.21) , ibn Majah (Masajid), al-
Mundhiri in al-Targhib (1:179),ibn Khuzayma dalam
Sahih, Ibn al-Sani, and Abu Nu`aym. Ghazali
menyebutnya dalam Ihya dan Iraqi menyebut ia hadith
hasan.. Nawawi menyebut dalam Ibn al-Sani dua jalur
riwayat dalam Adhkar dan menyatakan ia
lemah.Bagaimanapun Ibn Hajar al-`Asqalani
menyatakan pula ia hasan dalam al-Amali al-masriyya
(#54) dan takhrij kitab Nawawi , menyatakan bahawa
yang kemudian itu meninggalkan riwayat dari jalur Abu
Sa`id al-Khudri dan tidak menyebut riwayat Ibn Majah )
Dengan cara ini Nabi s.a.w. membuat tawassul bila ia
bersabda ’hamba memohon dengan hak mereka yang
meminta kepada Engkau” iaitu dengan setiap orang
yang beriman.Lebih lagi daripada itu baginda menyuruh
para Sahabatnya selalu menggunakan doa ini bila
mereka berdoa sebagaimana baginda melakukan
tawassul demikian. Generasdi salaf as-soleh dalam
umat ini dalam kalangan para Tabi’in selepas Sahabat
dan Tabit-tabi’in megamalkan doa ini bila mereka
keluar untuk sembahyang dan tidak ada yang
menolaknya.
Kemudian ada lagi riwayat berkenaan dengan amalan
ini. Riwayatnya ialah seperti berikut:Bila nabi s.a.w.
berdoa, dari riwayat Anas bin Malik : ‘Wahai Tuhan,
ampunkanlah bondaku, Fatimah binti Asad, dan
perluaskanlah tempat yang ditujunya itu (kuburnya),
dengan hak Nabi Engkau dan nabi-nabi yang dating
sebelumku” demikian seterusnya sehingga alkhir hadith
itu.Tabarani meriwayatkannya dalam al-Kabir.Ibn
Hibban dan al-Hakim menyatakan ianya
sahih.’Fatimah” ini ialah bonda Saidina ’Ali rd, yang
memelihara nabi s.a.w.Ibn Abi Shaiba meriwayatkan
laporan yang sama ; demikian juga riwayat yang ada
pada ibn ’Abd al-Barr dari ibn ’Abbas , dan Abu Nu’aim
pula dalam Hilyahnya dari Anas bin Malik,
sebagaimana Hafiz al-Suyuti menyebutnya dalam Jami’
al-Kabir.(Haithami menyebut dalam ’majma’ az-
Zawa’id’nya ’Sanad Tabarani ada mengandungi nama
Rawh bin Salah yang ada sedikit sebanyak kelemahan,
tetapi ibn Hibban dan al-Hakim menyebutnya sebagai
periwayat yang boleh dipercayai. Orang-orang lain dari
kalangan para periwayat adalah orang-orang yang
sahih hadithnya.Kemudian sebagaimana yang ada
dalam riwayat al-Tirmidhi, al-Nasa’i, al-Baihaqi dan al-
Tabarani bahawa seorang yang buta datang bertemu
dengan baginda s.a.w. katanya: ’Dokanlah kepada
Allah supaya membuang [penderitaan] saya ini. Nabi
s.a.w. bersabda: ‘kalau engkau mahu saya akan
berdoa, dan kalau engkau mahu engkau boleh
bersabar, itu lebih baik lagi [daripada memohon supaya
engkau celik].Kemudian baginda berdoa untuk orang itu
dan menyuruhnya [juga] ia mengambil wudhu’ dengan
baik dan membaca doa ini ’Wahai Tuhan, hamba
bermohon, menumpukan diri hamba kepada Engkau
melalui nabi Engkau Muhammad, Nabi Pembawa
Rahmat. Wahai Muhammad , hamba meminta kepada
Tuhan, dengan menyebut tuanhamba, dalam keperluan
hamba yang sangat, wahai Tuhan, terimalah
syafaatnya untuk hamba ini.’Kemudian orang itu
kembali pulang dan matanya celik boleh melihat.Al-
Bukhari meriwayat hadith ini dalam tarikhnya.Ibn
Majah, dan al-Hakim dalam ’al-Mustadrak’nya
menyebutnya dengan sanad yang sohih. Suyuti dalam
’al-Jami’ al-Kabir’ dan ’al-Saghir’ menyebutnya.Maka
tetaplah riwayat dan maklumat bahawa Nabi s.a.w.
menyruh orang buta itu berdoa dan memnyebutnya,
dan memohon kepada Allah dengan menyebut
namanya itu, supaya Ia kabulkan hajatnya.Kalau orang
yang mengikut fahaman Wahhabi itu berfikir nabi s.a.w.
tidak memberi keizinan untuk bertawassul seperti itu
selepas ia meninggal dunia, maka riwayat yang
berikutnya membuktikan bahawa itu bukan demikian
.Doa ini telah digunakan oleh para Sahabat dan Tabi’in
–Allah meredai mereka semuanya- untuk menunaikan
hajat mereka.At-Tabarani dan al-Bayhaqi meriwayatkan
bahawa ada seorang lelaki yang bertemu dengan
’Uthman bin ’Affan rd. Berkenaan dengan sesuatu
hajatnya; tetapi khalifah itu tidak menyelesaikan hal itu
dengan segera. Lelaki itu menyebut kepada ’Uthman
bin Hunaif yang memberi nasihat kepadanya: ’Pergilah
mengambil wudhu’. Kemudian pergi ke masjid dan
berdoa begini: ’wahai Tuhan, hamba meminta Engkau
dan menumpukan diriku kepadamu dengen menyebut
NabiMu Muhammad, Nabi Pembawa Rahmat, Wahai
Muhammad, hamba menumpukan diri hamba kepada
Tuhan dengan menyebut engkau, supaya Ia tunaikan
hajat hamba’.Kemudian sebutkan hajat engkau’Doa
itu::
) اللھم إني أسألك وأتَوجّھ إلیك بنبِیّنا محمد نبيّ الرحمة، یا محمّدُ إني أتَوجھُ بكَ
إلى ربّي في حاجتي لتُقضَى لي.(
Maka orang itu pun pergi dan ia lakukan benar-benar
mengikut apa yang diberitahu kepadanya itu, dan
kemudian ia pergi ke pintu kediaman ’Uthman bin
’Affan. Kemudian penjaga pintu datang kepadanya ,
memegang tangannya, lalu membawanya ke hadapan
’Uthman , dan menyuruhnya duduk dengannya.
’Uthman berkata:’Beritahu kepada saya apa keperluan
anda’, lalu ia menyebut hajatnya dan hajatnya
ditunaikan. Kemudian khalifah berkata kepadanya:’
Apa-apa hajat anda, sebutkan kepada saya’. Bila lelaki
itu keluar dari situ ia bertemu dengan ’Uthman bin
Hunaif , katanya: ’Mudah-mudahan Allah memberi
ganjaran kebaikan kepada anda kerana beliau tidak
akan melihat kepada hajat saya sehingga tuan
berbicara kepadanya untuk saya.’ Tetapi ibn Hunaif
berkata: ’Demi Allah, saya tidak bercakap dengan
baginda, tetapi saya melihat Rasulullah s.a.w. bila
orang buta datang bertemu dengannya dan merayu
berkenaan dengan matanya tidak boleh melihat’.
Perbuatan demikian ialah tawassul, dan orang itu
menyeru baginda s.a.w selepas wafatnya, atas dasar
bagindfa sedang hidup dalam kuburnya dan darjathya
ialah darjat syuhada’ yang Allah sebutkan bahawa
mereka itu hidup dan diberikan rezeki yang mulia di sisi
Tuhan.
Dalil boleh bertawassul secara ringkas?
اذكر دلیلاً على جواز التوسل؟
رواهُ الطبرانيُّ وصحَّحَھُ والذي فیھ من الأدلّةِ على جواز التوسل الحدیثُ الذي
أن یتوسل بھ فذھَبَ فتوسل بھ في أن الرسولَ صلى لله علیھ وسلم عَلَّم الأعمى
مما علّمَھُ رسولُ لله أن حالة غیبتھ وعادَ إلى مجلس النبي وقد أَبصر، وكانَ
الرحمة یا محمد إني یقول: ”اللھم إني أسألك وأتوجھ إلیك بنبیك محمد نبي
.”لي أتوجھ بك إلى ربي في حاجتي (ویسمي حاجتھ) لتقضى
Soalan;Apakah dalil yang menunjukkan boleh
bertawassul dengan nabi selepas wafatnya?
Jawab:
الحاضر؟ ما ھو الحدیث الذي یدل على جواز التوسل بغیر الحي
ومناداتھم التوسل بالأنبیاء والأولیاء جائز في حال حضرتھم وفي حال غیبتھم،
.الشرعیة جائزة في حال غیبتھم وفي حال حضرتھم كما دل على ذلك الأدلة
ومن الأدلة على جواز التوسل الحدیث الذي رواه الطبراني وصححھ والذي فیھ
أن الرسول صلى لله علیھ وسلم علم الأعمى أن یتوسل بھ فذھب فتوسل بھ في
وعاد إلى مجلس النبي وقد أَبصر، وكان مما علمھ رسول لله أن حالة غیبتھ
وأتوجھ إلیك بنبیك محمد نبي الرحمة یا محمد إني یقول: ”اللھم إني أسألك
حاجتھ) لتقضى لي“.فبھذا الحدیث بطل أتوجھ بك إلى ربي في حاجتي (ویسمي
ھذا الأعمى لم یكن حاضرا زعمھم أنھ لا یجوز التوسل إلا بالحي الحاضر، لأن
بن حنیف قال في المجلس حین توسل برسول لله بدلیل أن راوي الحدیث عثمان
علینا لما روى حدیث الأعمى: ”فولله ما تفرقنا ولا طال بنا المجلس حتى دخل
الرجل وقد أَبصر“.فمن قولھ: ”حتى دخل علینا“، علمنا أن ھذا الرجل لم یكن
.حاضرا في المجلس حین توسل برسول لله
وفاتھ؟ ما الدلیل على جواز التوسل برسول لله بعد
بن الدلیل على جواز التوسل برسول لله بعد وفاتھ فیؤخذ أیضا من حدیث عثمان
حنیف الذي رواه الطبراني وصححھ فإن فیھ أنھ علم رجلا ھذا الدعاء الذي فیھ
برسول لله لأنھ كان لھ حاجة عند سیدنا عثمان بن عفان في خلافتھ وما توسل
الاجتماع بھ حتى قرأ ھذا الدعاء، فتیسر أمره بسرعة وقضى لھ كان یتیسر لھ
.حاجتھ سیدنا عثمان بن عفان
Kalau orang kata: istighathah kepada Rasul selepas
wafatnya syirik apa jawabnya?
الرد على قولھم ”إن الاستغاثة بالرسول بعد وفاتھ شرك“ ؟
البیھقي بإسناد صَحِیح عن مالك الدار وكانَ خازن عمر قال : أصاب الناس رَ وى
عمر فجاء رجل إلى قبر النبي صلى لله علیھ وسلم فقال: یا قحط في زمان
فَإنَّھُم قَدْ ھلكوا فأتي الرجل في المنام فقِیْلَ لَھ : أقرىء رسول لله استسق لأمتك
أنھم یسقون، وقُلْ لَھ : علیك الكیس الكیس. فأَتَى الرجل عمر عمر السلام وأخبره
عمر وقَال : یا رَبّ مَا ءَالُو إلا مَا عَجَزْتُ . وقَد جاءَ فيت فْسِیرِ ھذَا فأَخْ برَ هُ، فَبكَى
الرجل أنّھُ بلال بن الحارث المزني الصحابي. فما حصل من ھذا الصحابي
وبھذا الأثر یبطل أیضًا قول الوھابیة إن الاستغاثة بالرسول بعد .استغاثة وتوسل
شرك وفاتھ
Menolak pendapat mereka yang menyatakan
’Beristighathah dengan Rasul s.a.w selepas wafatnya
adalah kesyirikan’. Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan
sanad yang sohih daripada , ia Malik al-Dar ia adalah
penjaga perbendahraan ’Umar , katanya : Orang ramai
mengalami kemarau zaman ’Umar, maka seorang lelaki
datang ke makam nabi s.a.w. katanya: Wahai
Rasulullah, mintalah untuk umat tuanhamba , mereka
mengalami kebencanaan.Kemudian lelaki itu mendapat
mimpi dalam tidurnya, dikatakan kepadanya :Berilah
salam [dariku] kepada ’Umar bahawa mereka akan
mendapat hujan.Anda katakan kepadanya: Hendaklah
tuan bersikap bijak, bersikap bijak.Maka lelaki itu
datang kepada Umar dan memberitahu perkara itu
kepadanya; ’Umar menangis lalu berkata: Wahai Tuhan
hamba tidak membuat permintaan melainkan kerana
hamba lemah.Datang keterangan bahawa lelaki itu
ialah Bilal bin al-Harith al-Muzani seorang sahabat
[Rasulullah s.a.w.]. Maka yang terhasil daripada
sahabat ini ialah istighathah dan tawassul. Athar ini
membatalkan pendapat Wahabiah bahawa istighathah
dengan Rasulullah selepazs wafatnya adalah
kesyirikan.
(6)Syafaat syirikSyirik minta syafaat adalah fahaman
yang bercanggah dengan Ahl al-Sunnah wa aljama’ah.
Ini kerana syafaat itu disebutkan dalam hadith
yang sohih.Antaranya ialah:
(7)Amalan yg hidup tak sampai kepada si mati adalah
bercanggah dengan ijma’
Amalan org hidup tak sampai kepada si mati
bercanggah dengan ijma’. (18)Amalan org hidup tak
sampai kepada si matiDlm pegangan Sunni, ijma’ ,
sampai.Orang yg kata tak sampai ia termasuk ahli
bid’ah. Mausu’ah al-Ijma’ fil-Fiqhil-islami oleh Sa’di Abu
Jaib.
) ان المیت یلحقھ ثواب بعد موتھ باجماع الامة .وخالف بعض أصحاب الكلام
وھو قول باطل لا یعتد بھ.وان الدعاء یصل ثوابھ الى المیت بالاجماع
Sesungguhnya pahala sampai kepada mayat selepas
daripada matinya mengikut ijma’ umat Islam; dan doa
sampai pahalanya kepada si mati mengikut ijma’ umat
Islam ).
(8)Syirik kecil tak terpisah dpd syirik besar vs ijma’·
syirik kecil itu sebahagian yang tidak terpisah daripada
syirik besar, yang membawa kepada menghalalkan
darah orang yang terlibat di dalamnya;
(9)Tauhid ulama ahl al-sunnah dituduh sebagai salah
.Ini menyalahi ijma’· atau tuduhan bahawa kefahaman
ulama Ahlis-Sunnah tentang tauhid umumnya
salah;Muhammad ‘Abd al-Wahhab dan mereka yang
mengikutinya (yang terkena pengaruh pembahagian
tauhid kepada tiga, tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan
asma’ wassifat) membahagikan tauhid kepada tiga itu
adalah perkara yang tidak ada dalam Ahlissunnah
waljamaah: ia tidak ada dalam Qur’an, hadith, tidak ada
dalam kalangan sahabat, tabi’in, tabi’it-tabi’in, demikian
seterusnya (tidak ada dalam kalangan generasi Salaf);
ia hanya ada pada abad ke lapan. Ertinya selama tujuh
abad umat Islam bertauhid dengan tauhid yang
difahamkan itu, tanpa membahagikannya kepada tiga.·
Akibat daripada pembahagian kepada tiga itu timbul
sangkaan (yang tidak ada alas an dalam system
peristilahan dan makna pengetahuan Ahlissunnah)
bahawa penyembah berhala itu bertauhid dengan
tauhid rububiyyah dengan mereka mengakui adanya
Tuhan yang menjadikan langit dan bumi; hanya tidak
bertauhid dengan tauhid uluhiyyah kerana tidak taat
kepada Allah dan menyembahnya. Dengan itu maka
Orang Islam yang mengakui Tuhan Esa dan tidak
beramal dengan baik agamanya ia hanya bertauhid
dengan tauhid rububiyyah, sama dengan penyembah
berhala juga yang bertauhid dengan tauhid rububiyyah
sahaja. Kedua-dua penyembah berhala dan orang
islam yang bertawassul dan m eminta berkat dikubur
para wali adalah sama dalam bertauhid dengan tauhid
rububiyyah; dengan itu orang Islam sudah menjadi
penyembah berhala; hukum atasnya adalah hukum
penyembah berhala; maka halallah darah dan
hartanya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.· Mana
mungkin penyembah berhala dikatakan bertauhid
dengan tauhid rububiyyah? Dia tidak mempunyai tauhid
dalam apa-apa pengertian dan segi sekalipun sebab ia
musyrik penyembah berhala.Bagaimanakah system
peristilahan Syarfa’ ini dipermain-mainkan sampai
penyembah berhala pun dikatakan ada bertauhid? Ini
tidak pernah ada dalam sejarah perkembangan ilmu
teologi Sunni. Kemudian pembahagian tauhid kepada
tiga itupun tidak ada dalilnya dalam nas-nas yang
diterima oleh Ahlissunnah. Dengan itu konsep
pembahagian tauhid kepada tida ini mesti disemak
kembali. Ini kerana beberapa sebab : sebab tidak ada
dalil dan nas yang diterima dalam Ahlissunnah; ia
bercanggah dengan tauhid Ahlissunnah waljamaah
yang dihuraikan secara definitif oleh Imam Asy’ari dan
al-Maturidi dan imam-imam selepas mereka.; satu
laginya sebab ia membolehkan orang menyamakan
orang yang beriman yang beramal dengan bertawassul
dan meminta berkat di kubur solihin dengan
penyembah-penyembah berhala dan mengenakan
hukum penyembah berhala ke atas mereka; dan sudah
tentu inilah tauhid yang memusnahkan kerajaan
Uthmaniah, khilafah Islam yang terakhir dalam zaman
moden.Kita mesti kembali kepada tauhid mainstream
yang benar dan menyelamatkan, bukan yang salah dan
mencelakakan.Nau’dhu billahi min dhalik.(Dalam ayat
yang digunakan untuk membuktikan yang golongan
musyrikin itu bertauhid dengan tauhid rububiyyah
terdapat kenyataan daripada Tuhan sendiri yang
golongan itu pembohong dan kafir -)
إن لله لا یھدي من ھو كاذب كفار ) ) ما نعبدھم إلا لیقربونا إلى لله زلفى إن
. لله یحكم بینھم في ما ھم فیھ یختلفون الزمر : 3
(Allah memberi gambaran yang mereka adalah
‘kadhibun kaffar’ –bohong dan terlalu am,at kafir
sekali.Bagaimanakah ayat ini boleh digunakan untuk
memanggil mereka itu ‘bertauhid dengan tauhid
rububiyyah’ sebab mereka adalah penyembah berhala;
penyembah b erhala tidak mungkin bertauhid dengan
apa-apa kategori tauhid sekalipun sebab mereka
musyrikin. Subhana’Llah.(10)Abu Jahal lebih tahu hal la
ilaha illallah dpd ulama Islam vs ijma’· atau Abu Jahal
lebih mengetahui tentang la ilaha illa’Llah daripada
ulama Islam;
(11)Syirkik bermula dimuka bumi dengan perbuatan
ahli agama vs ijma’· atau tuduhan bahawa kesyirikan di
muka bumi bermula dengan perbuatan ahli ilmu dan
agama, kerana mereka cinta kepada para wali; ini
timbul daripada sangkaan yang salah bahawa mengikut
ulama adalah menyembah mereka, oleh itu syirik dan
kufur. Na’udhu biollahi kin dhalik.
(12)Kufar lebih tahu hal kufr mereka daripada orang
beriman bercanggah dengan ijma’atau tuduhan bahawa
para kufar yang mengetahui tentang kekufuran mereka
adalah lebih baik terbimbing daripada orang-orang
yang beriman -inna’l-kuffara ‘lladhina ya’rifuna kufran
ahda sabilan minal-mu’minin
(13)Qadi al-qudah dianggap sama seperti shah anshah
ini berlawanan dengan pendirian ulama
Ahlissunnah yang membenarkan penggunaan ’qadi alqudah’.
atau tuduhan bahawa panggilan “qadil-qudah” -
kadhi dari sekelian kadhi - sama dengan “Syahin-syahraja
sekelian raja” (yang membawa kepada
menghukumkan orang yang berkenaan kafir) (lihat ‘al-
Jami’ al-Farid’ terbitan Muhammad Ibrahim al-Nu’man,
tanpa tarikh, hal.173; dalam Ahlissunnah gelaran itu
adalah untuk ketua kadi-kadi, bukan dianggap syirik).
)باب)التسمیة بقاضي القضاة ونحوھفي الصحیح عن أبي ھریرة رضي لله
عنھ، عن النبي صلى لله علیھ وسلم قال: (إن أخنع اسم عند لله: رجل تسمى
ملك الأملاك، لا مالك إلا لله).قال سفیان :مثل (شاھان شاه).وفي روایة: (أغیظ
رجل على لله یوم القیامة وأخبثھ). قولھ (أخنع (یعني أوضع).
(14)Allah ada dua tangan etc vs ijma’atau sampai
membawa kepada fahaman bahawa Allah s.w.t.
”mempunyai Dua Tangan, tangan kanan memegang
langit dan yang satu lagi memegang bumi..(dan) Allah
berada atas Arasy (anna’Llah fauqa’l-’Arsh).” (Lihat
kitab ’al-Jami’ al-Farid’ hal.214, yang membawa kepada
fahaman mujassimah, yakni fahaman bahawa Tuhan
berjisim dan itu menyalahi ijma’).(15)Sifat dua puluh
bid’ah? Ini berkaitan dengan persoalan di bawah.
(16)Tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan tauhid asma’
wassifat oleh ibn TaimiyyahTidak ada sandaran dari
Qur’an, Sunnah, ijma’, dan ulama Salaf.Ia pendapat
peribadi ibn Taimiyyah.Adakah patut ada pihak
menyatakan bahawa sifat-sifat Tuhan sebagaimana
yang ada dalam ajaran Imam Ash’ari dan Maturidi itu
bid’ah, walhal sifat-sifat itu ada dalam Qur’an dan
Sunnah dan diijma’kan.Kalau mereka mengajarkan
tauhid yang dibahagikan kepada tiga itu dan tidak
menyesatkan golongan Ash’ari dan Maturidi serta
mengakui kebenaran mereka, itu tidak menjadi
masalah sangat.Tetapi bila mereka membid’ahkan, dan
bahkan setengahnya mengkafirkan, golongan Ash’ari
dan Maturidi, [dan dengan itu ulama Dunia Melayu
sebab semuanya mengikut aliran ini, itu menjadi
masalah yang paling besar ].Ini menjadi fitnah besar
dan membawa kegoncangan akidah dan keresahan
sosial di negara ini.(17)Qunut, tahlil, baca yasin
bid’aahBidaah qunut, tahlil arwah, berzikir beramairamai,
membuat jamuan bila ada kematian serta ada
tahlil, maulid al-nabiQunut adalah berdasarkan hadith
riwayat al-Hakim yang diterima olehnya.Tahlil beramairamai
ada sandarannya dalam beberapa hadith sahih
yang disebut dalam ’al-Hawi lil-Fatawi’ jilid II oleh al-
Suyuti. Pahala tahlil itu sampai kepada si mati mengikut
ijma’. Kalau mereka tidak menerima pendapat ini
sekurang-kurangnya mereka mengamalkan adab-adab
berbeza pendapat. Tentang majlis maulid al-nabi itu
walaupun tidak dilakukan zaman nabi s.a.w. ia perkara
yang mendatangkan kebaikan, dan boleh diambil dalil
daripada ayat Qur’an yang bermaksud:”Dan ni’amat
Tuhan kamu hendallah kamu menyebutnyebutnya”.
Maka niamat manakah yang lebih besar
daripada Tuhan mengutuskan nabi s.a.w. ke alam ini ,
dan itu patut sangat disebut-sebutkan? Dan tidakkah itu
yang dilakukan dalam majlis-majlis maulid alnabi?
Dalam Ahlissunnah wa al-Jamaah ’bid’ah’ ada
yang baik dan yang tidak sebagaimana yang
disebutkan oleh Imam Syafie rd, Imam al-Ghazali, dan
lain-lainnya, termasuk ’Izzuddin ibn ’Abd al-
Salam.Pembahagian itu juga disebutkan oleh
pensyarah-pensyarah hadith Bukhari, Muslim, al-
Tirmidhi, al-Nasa’i dan lain-lainnya. Bid’ah yang tertolak
itu adalah yang tidak ada asalnya pada Qur’an ,
Sunnah atau Ijma’.Yang ada asalnya pada puncapunca
itu bukan bid’ah pada syara’ walaupun dari segi
lafaz zahirnya ia bid’ah.
(18)Bid’ah mengadakan majlis maulid al-nabi s.a.w.
Bagaimana berita terkini menunjukkan bahawa di
negeri Aarab Saudi diadakan majlis maulid al-nabi
baru-baru ini dihadiri oleh Syaikh Salman sendiri yang
tidak menunjukkan penentangannya terhadap amalan
itu.Pada kita dalam Ahlissunnah ini antara lainnya
berdasarkan ayat Qur’an yang bermaksud ”Adapun
ni’mat Tuhanmu hendaklah kamu menyebutnyebutnya”.
Dan tidak ada ni’mat yang lebih besar
daripada Tuhan mengutuskan nabiNya kepada umat
manusia untuk memberi bimbingan kepada mereka.
Dan tidakkah perlu itu disebut-sebutkan, apa lagi dalam
majlis maulidnya?
Mungkin boleh diperhatikan adanya surat-surat yang
dikatakan ditulis olem Muhammad bin ’Abdul Wahhab
di salah sebuah universiti di Asia Barat yang
menunjukkan bahawa beliau : tidak menganggap
umum orang Islam kafir seperti penyembah berhala
semenjak enam ratus tahun sebelum kemunculannya,
tidak menganggap kafir amalan meminta syafaat,
istighathah, meminta berkat dan yang sepertinya, tidak
menentang kerajaan Uthmaniyyah, tidak menganggap
mengikut mazhab menyebabkan kufur, tidak
menganggap tasawwuf membawa kepada kufur, dan
tidak menghalalkan darah dan harta sesama Muslimin
kalau mereka mengamalkan dosa besar, seperti
bertawasul, demikian seterusnya. Maklumat ini,
kalaupun benar, perlu dilihat dalam neraca ’track
record’nya, dan juga kemunculan kitab-kitab dengan
aliran yang tertentu itu, juga beberapa tokoh semasa
yang mencanang aliran berfikir seperti itu misalnya al-
Albani , al-Khojandi al-Ma’sumi, dan lain-lainnya.
Keseluruhan perhatian terhadap aliran ini, tokohtokohnya
dan juga peristiwa sejarah menuntuk kita
supaya mengecualikan diri daripada cara memahami
agama secara demikian dan kita mesti merujuk kembali
kepada wacana ilm u Ahlissunnah waljamaah yang
sepadu dan baku. Itulah jalan selamat yang satusatunya
dibuka oleh Tuhan untuk kita. Allahumma
sallimna wal-Muslimin.Amin.
Tentang bahaya bahaya cara berfikir aliran ini kepada
amalan agama dan keselamatan Negara kalau ia
merebak jelas daripada sejarah , ini boleh difahami dari
‘track record’nya , dan implikasi ajarannya.
‘Track record’ dengan kerajaan ‘Uthmaniyyah,
bagaimana ia menganggap ulil amr kerajaan itu
sebagai ‘tidak Islam’ dan seterusnyaBagaimana ia
menentang dan memberontak walhal tidak ada mazhab
Ahlissunnah yang membolehkan yang demikian
itu.Tabiatnya yang seperti Khawarij zaman klasik yang
berperang dengan golongan yang tidak bersetuju
dengan mereka.Mereka senang menghalalkan darah
dan harta orang lain, sebagaimana yang jelas dalam
sejarah , dan ajaran mereka.Maka perlu diawasi
supaya ia tidak berkembang kepada rakyat
MalaysiaPenyebarannya mesti disekat, melainkan
dalam kalangan mereka yang asalnya bermazhab
demilkian. Wallahu a’lam.
Jelas dalam neraca sistem ilmu Ahlissunnah bahawa
ajaran Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, pada beberapa
perkara asasi, dari segi akidah dan syariatnya serta
akhlak dan ajaran rohaniahnya tidak mengikut ajaran
Ahlissunnah wal-Jama’ah yang menjadi pegangan
majoriti umat Islam.Pembahagian tauhidnya kepada
tiga, yang membawa kepada menyamakan Orang
Islam dengan penyembah berhala, dan hukum yang
berikutnya,huraiannya tentang syahadah, sikapnya
menentang aliran Imam Asy’ari dengan terang-terang,
konsepnya tentang taklid dan bid’ah, sikapnya yang
negatif terhadap ulul-amri sebagaimana yang jeas
berhuibungan dengan khilafah Uthmaniah, sikapnya
menjadikan mazhab empat sebagai sesuatu yang
negatif, peringanan ijma’, demikian seterusnya
memberi pendekatan dan kedudukan yang berlainan
sama sekali daripadaAhlissunnah.Sudah tentu ini
bercanggah sekali dengan apa yang menjadi pegangan
di negeri ini. Sayangnya golongan ini sedang
mencanangkan bahawa merekalah adalah yang
Ahlissunnah sebenarnya dan golongan lain tidak
Ahlissunnah.Mereka adalah saudara-saudara kita yang
membid’ah bahkan kadang-kadang mengkafirkan kita.
Cara berfikir dan sikap sedemikian perlu jangan
dibiarkan berkembang di kalangan Muslimin
Malaysia.Sebagaimana yang dinyhatakan oleh al-
Mawardi rh dalam ’al-Ahkam al-Sultaniyyah’ uliamri
negeri ini bertanggungjawab untuk menjaga supaya
ajaran dan amalan Ahlissunnah waljamaah tidak
terganggu.Wallahu a’lam.
Kemudian ia seterusnya memberi penerangan
menentang saudaranya dengan menghuraikan
kesilapan Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab memberi
hurain mengkafirkan orang Islam dengan senangnya
kerana fahamannya yang tidak tepat itu
}.فصل} اذا فھمتم ما تقدم فانكم الآن تكفرون من شھد ان لا الھ ا لا لله وحده و
ا ن محمدا عبده و رسولھ و اقام الصلاة و آتى الزكاة و صام رمضان و حج
و ملائكتھ و كتبھ و رسلھ ملتزما لجمیع شعائر الاسلام و البیت مؤمنا با
تجعلونھمكفارا و بلادھم بلاد حرب فنحن نسئلكم من امامكم في ذلك و ممن
و الذي منھم ما اخذتم ھذاالمذھب عنھ فان قلتم كفرناھم لانھم مشركون با
لانھ سبحانھ قال (اِنَّ لله لای غْ فِرُ ا نی شْرَك لمیكفر من اشرك با اشرك با
بِ ه * النساء: ٤٨ ) وما في معناھا من الآیات و ان اھل العلم قد عدوا في
{قلنا}حق الآیات حق و كلام اھل العلم حق و لكن اھل المكفرات من اشرك با
شریكا كقول المشركین ھؤلاء ایادعى ان العلم قالوا في تفسیر اشرك باشركاؤنا و قولھ تعالى (وَ مَا نَرَى مَعَك م - ٢٠ -شُفَعَآءَكُمُ ا لَّذِینَ زَعَمْتُمْ ا نھمْ فِي ) كمْ شُرَ كاؤُ ا * الانعام: ٩٤
0 Responses

I made this widget at MyFlashFetish.com.

  • Ruangan Iklan

    Demi Masa


    I made this widget at MyFlashFetish.com.

    METERAI AKU

    Mari bersembang

    Followers

    Haul Imam Alwi Al-hadad