WASIAT RASULULLAH:

"Sepeninggalan aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, SAMUDERA namanya. Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu serta ajarkan kepada mereka dua kalimah syahadah. Kerana dalam negeri itu kelak, ramai dari kalangan mereka yang akan menjadi wakil-wakil Allah. Tetapi, dalam pemergian kamu ke negeri itu, kamu hendaklah singgah mengambil seorang fakir di negeri Menggiri, bawalah fakir itu bersama-sama"

-sulalatus salatin-
ASAL-USUL AGAMA
Sebenarnya pada mereka yang betul-betul mengkaji, semua fahaman yang wujud dan pernah wujud di dunia ini berasal daripada satu fahaman atau satu agama sahaja iaitu agama Tauhid, agama yang mengesakan kewujudan Tuhan yang Satu. Kerana inilah yang dibawa oleh semua para Nabi dan Rasul, daripada Nabi Adam ke Nabi Nuh, turun ke Nabi Ibrahim sampai ke Nabi-nabi Bani Israel seperti Nabi Musa, Sulaiman dan Isa sebelum berakhir dengan junjungan kita, Khatamul Anbiya Nabi Muhammad SAW. Semua agama di dunia ini tidak kira dari belah mana asalnya adalah agama Islam jua pada asalnya kerana fahaman yang betul-betul mengEsakan Allah Subhanahuwata’ala akan menyebabkan penganutnya menyerah kepada aturan Tuhan lalu mencapai kesejahteraan atau dalam bahasa Arabnya SALAM sedangkan ISLAM itu bermakna PENYERAHAN.

Akan tetapi, apabila sampai kepada pengikutnya, berlakulah penyelewengan dalam konsep penyembahan yang akhirnya mensyirikkan Allah. Buktinya, agama yahudi mengatakan Nabi Uzair a.s itu anak Allah, agama Nasrani pula mengatakan Nabi Isa a.s anak Allah, pengikut ajaran Iskandar Zulqarnain pula mengambarkan Allah melalui sifatnya adalah dari cahaya iaitu api (ajaran majusi), agama Hindu melambangkan Allah itu jua dari api, ajaran Buddha menyembah Gautama Buddha dengan menyebut “NAMO AMITTABHA”.

Pernahkah kita terfikir dari mana asalnya semua agama? Adakah sengaja dicipta?
Untuk pengetahuan para pembaca, sebenarnya begitulah agama yang wujud yang mana pada dasarnya dahulu bertauhidkan Allah ta’ala akan tetapi penghujung agama-agama ini terseleweng akidahnya kerana mensyirikkan Allah. Sebagai contoh agama Buddha, para pembaca mungkin pernah terdengar lafaz seperti ini “NAMO AMITTABHA” yang selalu dibaca oleh penganut agama Budhha. Untuk pengetahuan pembaca, lafaz adalah dari bahasa Sanskrit yang membawa maksud “NAMO = Puji, AMITT= Ahmad, ABHA= akhir” iaitu membawa maksud “selawat kepada Ahmad (Muhammad) rasul terakhir”. Manakala agama hindu pula, kalau para pembaca melihat disetiap kuil, pastinya akan terdapat gantungan daun, patung kuda, patung orang yang memakai serban sambil memegang pedang dan patung anjing. Sebenarnya agama ini pada asalnya mengisahkan tentang peristiwa JIBRIL dengan MUSA SAMIRI dan kisah anjing yang bernama KHITMIR. Selain itu, ajaran Zoroaster (MAJUSI) pula asalnya jua dari agama Tauhid yang diajar oleh Iskandar Zulqarnain bin Sulaiman a.s bin Daud a.s. Akan tetapi lama-kelamaan diseleweng juga dari didikan yang benar dan begitulah agama-agama lain seperti agama yahudi dan nasrani yang pada dasarnya dahulu adalah tauhid (ISLAM) tetapi diseleweng. Ini boleh dibuktikan, melalui ‘ikrar’ para hawariyun, ‘sahabat-sahabat’ Nabi Isa AS dalam Ayat 52 Surah Ali Imran yang bermaksud: "Tatkala Isa mengetahui kekafiran di antara mereka itu, ia berkata: Siapa yang menolongku kepada Allah? Sahabat-sahabat Hawariyun berkata: Kami menolong Allah; kami beriman kepada Allah dan menjadi saksilah engkau bahawa kami orang Islam. "Bahagian akhir ayat itu berbunyi: Amanna billahi wa ashada bi anna muslimin". Bukankah terang disebutkan di dalam Al-Quran orang-orang ini mengaku di hadapan Nabi Isa dengan bersaksikan baginda bahawa mereka itu Muslim, orang Islam? Selain itu, ada juga disebut didalam Al-Quran tentang ajaran nabi Ibrahim yang disebut didalam Al-Quran: “Hanifan musliman wama ana minal muslimin” Bukankah Hanif jua adalah Islam? Walaupun terbukti ada di antara pengikut nabi Isa ini membuat ‘ikrar’ palsu kerana mengkhianati baginda untuk diserahkan kepada musuhnya tentera Rom sehingga orang Kristian percaya baginda akhirnya mati disalib (orang Islam sejati percaya baginda telah diangkat ke langit, yang disalib adalah pengkhianat baginda bernama YAHUZA @ YAHUDA). Apa yang paling penting, dalam ayat Al-Quran ini mereka telah menggunakan perkataan Muslimin sebagai pernyataan mereka telah ‘beriman’ kepada Tuhan. Maka itu, ternyata perkataan Islam itu sangat luas pengertiannya untuk mencakupi mereka yang menyerah kepada Allah SWT daripada zaman Nabi Adam AS sampailah sekarang, bukan setakat pengikut Nabi Muhammad SAW sahaja seperti yang selalu diwar-warkan. Cuma Syariat iaitu cara perlaksanaan sahaja yang berbeza daripada semasa ke semasa kerana ini boleh berubah mengikut keadaan masyarakat setempat juga zaman. Maka itulah sebabnya diutuskan 313 Rasul dan 124,000 Nabi untuk membawa manusia ke dalam agama Tauhid yang sebenar. Cuma kita telah diajar supaya wajib mengenali 25 Rasul.
Apapun, cuma tiga sahaja syariat dicipta oleh Allah Ta’ala untuk diamalkan secara meluas, bukan setakat untuk umat tertentu sahaja dan selainnya adalah khusus untuk kaum-kaum tertentu sahaja. Pertama sekali Syariat Nabi Adam, kerana baginda adalah bapa segala manusia. Kedua, Syariat Nabi Ibrahim kerana daripada bagindalah bapa segala nabi, terbit semua Nabi-nabi selepas baginda, raja-raja serta pemimpin umat-umat kemudian, juga pecahan bangsa-bangsa besar Arab (daripada isterinya Siti Hajar), Bani Israil yang merangkumi bangsa-bangsa Barat ataupun Eropah (dari Siti Sarah) dan bangsa Jawi (dari isteri ketiga Siti Batturah yang tidak semua orang tahu kewujudannya), yang ketiga dan terakhir, adalah Syariat yang memperbaharui dan membetulakan semua syariat pada agama-agama yang sebelumnya yang lain iaitu Syariat Nabi Muhammad SAW kerana baginda adalah Nabi dan Rasul akhir zaman. Syariatnya sesuai dan kesimpulan bagi semua agama yang wujud pada sebelum-sebelumnya. Syariat Nabi Muhammadlah adalah syariat untuk semua umat setiap ketika sampailah ke hari kiamat. Maka itu jika diteliti kitab-kitab Melayu lama, agama yang ada disebut wujud sebelum kemunculan Nabi Muhammad adalah Syariat Nabi Ibrahim iaitu agama Islam juga. Cuma untuk membezakan Syariat ini dengan Syariat Nabi Muhammad, wujud satu istilah untuk memanggil pengikut ajaran Nabi Ibrahim sebagai orang-orang Hanifiyah iaitu mereka yang ‘lurus’. SUBHANALLAH

0 Responses

I made this widget at MyFlashFetish.com.

  • Ruangan Iklan

    Demi Masa


    I made this widget at MyFlashFetish.com.

    METERAI AKU

    Mari bersembang

    Followers

    Haul Imam Alwi Al-hadad