WASIAT RASULULLAH:

"Sepeninggalan aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, SAMUDERA namanya. Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu serta ajarkan kepada mereka dua kalimah syahadah. Kerana dalam negeri itu kelak, ramai dari kalangan mereka yang akan menjadi wakil-wakil Allah. Tetapi, dalam pemergian kamu ke negeri itu, kamu hendaklah singgah mengambil seorang fakir di negeri Menggiri, bawalah fakir itu bersama-sama"

-sulalatus salatin-
"Jauh perjalanan,luas permandangan....."

Tanggal 19 April 2009, aku insan yang cukup hina ini berkelana ke nusantara dalam mencari pengertian "tongkat penunjuk jalan". Isra' ini bermula dari kota Cirebon hinggalah ke Surabaya dalam rangka penziarahan pusara almarhum-almarhum awliya' di Tanah Jawa. Isra' ini mengambil masa kurang lebih dalam dua minggu.

Sepanjang rihlah yang dianggotai seramai tujuh orang,pelbagai pengalaman yang kami dapati dan melihat keagungan Allah S.W.T. Penat jerih kehidupan yang dilalui sepanjang di perantauan mendidik kami menghargai nikmat yang tidak terhingga kuraniaan Rabbul Jalil ke atas Tanah Jawi. Betapa besar rahmatNya, MahaTinggi KeagunganNya yang dilimpahkan kepada negara kita yang terhindar dari mara-bahaya. Maka, bersyukurlah kita di atas kurniaan yang tidak ternilai harganya...
Labels: edit post
0 Responses

I made this widget at MyFlashFetish.com.

  • Ruangan Iklan

    Demi Masa


    I made this widget at MyFlashFetish.com.

    METERAI AKU

    Mari bersembang

    Followers

    Haul Imam Alwi Al-hadad